[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

RAKYAT LAGI BERSEDIA

Date: 03 Aug 1999
Time: 21:32:30
Remote User: -

Comments

ULASAN

KALAU BENAR SUDAH BERSEDIA, SURUH SI KEPALA TAIK UMUMKAN PILIHANRAYA SEGERA.

RAKYAT TELAH LAMA BERSEDIA UNTUK MENGHUMBAN KERAJAAN BARISAN NAJIS YANG ZALIM.

RAKYAT TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHUKUM KERAJAAN BARISAN NAJIS.

==============================================================================================================================

JENTERA BN TERENGGANU SENTIASA BERSEDIA

DUNGUN, 3 Ogos (Bernama) -- Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) negeri sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum, kata Menteri Tan Seri Wan Mokhtar Ahmad hari ini.

Wan Mokhtar, Pengerusi BN dan Ketua Badan Perhubungan Umno negeri, berkata walaupun tarikh pilihan raya belum diketahui, kerja untuk memperkemaskan jentera sentiasa dilakukan.

"Kita dah lama buat persediaan dan setakat ini berpuas hati dengan jentera yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog dengan pegawai dan kakitangan kerajaan di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, hari ini.

Wan Mokhtar berkata Ibu Pejabat Perhubungan Umno dan Bahagian telah lama membuka pejabat bagi menjalankan kerja memberi penerangan kepada rakyat melalui siri ceramah di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Ipoh, Perak, semalam bahawa masa bagi pilihan raya umum semakin suntuk dan mengarahkan jentera BN keluar segera menemui setiap anggota parti dan pengundi.

Wan Mokhtar berkata persiapan menghadapi pilihan raya dilakukan secara berperingkat dan sentiasa diperkemas serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa terutama pada saat-saat pilihan raya semakin hampir.

Beliau juga berkata Umno tidak akan mengambil kesempatan daripada isu pemecatan anggota Pas Besut termasuk bekas Yang Dipertua Pas kawasan itu Abdul Latif Mohamad, dan mempelawa mereka memasuki Umno.

"Dalam soal ini, jangan ambil kesempatan...tidak gentlemen, kalau nak masuk (Umno), biar dengan kerelaan sendiri," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Wan Mokhtar berkata kerajaan negeri sentiasa membuat perancangan awal dalam soal memajukan negeri ini dan meminta semua kakitangan memberi sokongan penuh bagi menjayakan usaha itu.

Beliau berkata pegawai dan kakitangan kerajaan perlu mempunyai empat sifat iaitu jujur, amanah, bijak dan mampu menyampaikan dengan baik.

Wan Mokhtar kini dalam program mengadakan dialog dengan kakitangan kerajaan. Petang ini beliau akan mengadakan dialog dengan kakitangan kerajaan daerah Marang diikuti di daerah Hulu Terengganu dan Setiu pada Khamis ini dan daerah Besut dan Kuala Terengganu pada 29 Ogos. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999