[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

ITU KAMU CAKAP!

Date: 03 Aug 1999
Time: 21:38:09
Remote User: -

Comments

ULASAN

APALAH PAK LAH CAKAP NIH? KALAU DIA INGAT PDS SEBAGAI ANGGOTA BARISAN NAJIS MAMPU BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT, DIA SILAP KERANA RAKYAT TELAH TOLAK PDS.

KALAU RAKYAT DAH TOLAK MANA MUNGKIN DIA BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT.

KALAU DAH PRESIDENNYA KENA TOLAK, APA LAGI RELEVAN KEPIMPINANNYA.

==============================================================================================================================

PDS MAMPU BAWA KADAZANDUSUN KE ARUS PEMBANGUNAN NASIONAL

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Parti Demokratik Sabah (PDS) untuk membawa masyarakat Kadazandusun ke dalam arus pembangunan nasional.

Katanya kemampuan itu adalah jelas berdasarkan kepada pengamatan beliau terhadap perjuangan dan falsafah parti itu.

"Oleh itu, saya ingin mengajak seluruh masyarakat Kadazandusun supaya menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) bagi masa depan mereka yang lebih terjamin," kata Abdullah, Timbalan Pengerusi BN, dalam perutusan khas menjelang kongres tahunan kelima PDS yang akan diadakan Sabtu ini. Beliau dijadual merasmikan kongres itu.

Teks perutusan beliau difakskan ke Bernama hari ini.

Abdullah berkata beliau juga tidak mahu lagi melihat masyarakat Kadazandusun berpecah-belah dan diperalatkan oleh parti yang masih berjuang berlandaskan kesukuan yang sempit serta mengamalkan politik kebencian.

Beliau berkata PDS masih muda daripada segi usia, namun kepimpinan yang menerajui parti itu mempunyai pengalaman yang luas.

"Dengan pengalaman ini serta kedudukan PDS dalam keluarga BN, saya yakin parti ini boleh meningkat pengaruhnya di kalangan masyarakat Sabah khususnya bagi masyarakat Kadazandusun," kata beliau.

Abdullah berkata kongres tahunan itu merupakan peluang terbaik bagi pucuk pimpinan dan anggota parti menilai perjuangan masa depannya serta prestasi parti sejak penubuhan PDS lima tahun lepas.

Selain itu, kedudukan BN sebagai parti yang memerintah Sabah dan kedudukannya sebagai parti gabungan yang mewakili kepentingan pelbagai masyarakat juga tidak boleh dinafikan lagi, katanya.

"Tiada lagi parti alternatif bagi rakyat Sabah dan Malaysia melainkan Barisan Nasional (BN) yang akan terus dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial atas nama rakyat," kata beliau.

Abdullah juga berkata BN Sabah akan dapat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ia dapat mengekalkan kerjasama yang erat seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya negeri yang lepas. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999