[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

ASALKAN JANGAN GADAI KG BARU SUDAH.

Date: 03 Aug 1999
Time: 21:59:40
Remote User: -

Comments

ULASAN

KG BARU ADALAH SATU KAWASAN SANGAT SENSITIF BAGI ORANG MELAYU.

KITA TAHU BAHAWA BANYAK KRONI-KRONI SI KEPALA TAIK SEDANG MEMERHATIKAN PERKEMBANGAN INI.

SI SULEIMAN BRANDY PUN SAMA JUGA.

PADA RAKYAT ASALKAN KEBAJIKAN ORANG MELAYU TERJAMIN, KITA JUGA SOKONG.

ASALKAN KG BARU TIDAK DILELONG.

==============================================================================================================================

SERI PADUKA TITAH KAMPUNG BARU DIBANGUNKAN DENGAN TERATUR

UNTUK ALBUM... Yang Di-pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bergambar bersama-sama sebahagian penduduk Kampung Baru Kuala Lumpur, selepas upacara mengadap di Istana Negara hari ini

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini bertitah supaya Kampung Baru di sini dibangunkan semula dengan perancangan yang lebih teratur.

Seri Paduka turut bertitah agar ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat kawasan penempatan Melayu tertua yang terletak di tengah-tengah ibu kota itu, menangani segera beberapa masalah sosial di situ.

Antara masalah yang dikenal pasti ialah kesihatan dan kebersihan kawasan, masalah penagihan dadah dan jenayah kecil.

Titah itu disampaikan ketika rombongan 35 orang ketua kampung, pemimpin masyarakat dan penduduk asal Kampung Baru mengadap Seri Paduka dalam satu majlis di Istana Negara.

Rombongan diketuai oleh Timbalan Menteri Penerangan Datuk Dr Suleiman Mohamed yang juga anggota Parlimen Titiwangsa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah.

Rombongan penduduk Kampung Baru itu juga disertai Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak-Anak Kampung Baru Datuk S.M. Salim, Pengerusi Bencana Alamnya Mohtar Rahmad dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru Haji Aziz Jamaluddin Tahir.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis mengadap, Suleiman berkata, Sultan Salahuddin amat berminat dengan pembangunan Kampung Baru berikutan sejarah pembukaannya yang dilakukan oleh nenda Seri Paduka sendiri iaitu Almarhum Sultan Sulaiman.

Seri Paduka juga dijangka mengadakan lawatan ke Kampung Baru tidak lama lagi, katanya.

Suleiman berkata, ketua dan pemimpin masyarakat kampung berkenaan turut menerima baik cadangan Seri Paduka dalam membangunkan kawasan penempatan berusia lebih 100 tahun itu, selain nasihat supaya mengekalkan perpaduan di kalangan penduduk.

"Tuanku bertitah supaya Kampung Baru buat satu perancangan untuk pembangunan semula dan Tuanku juga ada beberapa cadangan. Kita akan mula adakan beberapa mesyuarat untuk menerima kunjungan Tuanku sebelum pertabalan, dan juga tinjau beberapa aspek untuk cari idea membangunkan Kampung Baru," katanya.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999