[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SATU GIMIK POLITIK

Date: 03 Aug 1999
Time: 23:34:37
Remote User: -

Comments

ULASAN

SELAMA EMPAT TAHUN INI KERAJAAN BARISAN NAJIS BUAT APA? MENGAPA SEKARANG BARU SIBUK NAK BUAT RUMAH KOS RENDAH DAN SEBAGAINYA? MENGAPA SEKARANG?

KITA TAHU INI SATU GIMIK POLITIK KERANA PILIHANRAYA UMUM TELAH HAMPIR SANGAT.

PADA RAKYAT, INI SATU KEGAGALAN KERAJAAN BARISAN NAJIS YANG SELAMA INI ASYIK SIBUK DENGAN PROJEK-PROJEK MEGA.

==============================================================================================================================

PROSES BINA RUMAH KOS RENDAH PERLU DIPERCEPATKAN, KATA DR MAHATHIR

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahahtir Mohamad menandatangani plak perasmian program khas perumahan kos rendah negeri Perak Darul Ridzuan dan pelancaran Taman Bercham Raya ii di Ipoh hari ini.

IPOH, 3 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini proses pembinaan rumah kos rendah perlu dipercepatkan bukan sahaja bagi mengisi keperluan perumahan negara, tetapi juga untuk menjimatkan kos bagi pemaju dan pembeli.

Beliau berkata jika sesuatu projek pembinaan itu dilengahkan, ia menyebabkan kos projek meningkat, dan pemaju terpaksa membayar faedah pinjaman yang tinggi serta mendapat pulangan yang lambat.

Begitu juga dengan pembeli, mereka juga perlu menanggung beban hutang yang tinggi kerana tidak dapat menduduki rumah berkenaan dengan cepat untuk kegunaan sendiri ataupun disewakan.

"Biasanya, jika sesuatu projek dibangunkan dengan cepat, ia baik dari segi perniagaan. Bukan sahaja pemaju dapat menjimatkan kos tetapi juga pembeli tidak perlu menanggung beban hutang yang tinggi," katanya semasa melancarkan program kilat khas perumahan kos rendah Perak di Taman Bercham Raya di sini.

Beliau juga melancarkan jualan rumah kos rendah Fasa Dua taman itu sebanyak 180 unit pada harga RM33,000 seunit yang dibangunkan oleh anak syarikat Kumpulan Emkay, Zaman Teldan Sdn Bhd.

Dr Mahathir berkata, ini jelas terbukti dalam pembinaan Menara KLCC dan Putra Jaya yang dibina dalam masa yang singkat, bukan sahaja ianya menjimatkan belanja malah ia dapat digunakan dan dinikmati faedahnya oleh pelbagai pihak tanpa sebarang kelewatan.

Pemaju Menara KLCC hanya mengambil masa empat hari untuk membina setiap lantai bangunan 88 tingkat itu, manakala Putra Jaya berserta masjidnya mengambil masa kurang daripada tiga tahun untuk dibangunkan, katanya.

Sementara itu, semasa persidangan media kemudiannya Dr Mahathir berkata usaha mempercepatkan pembinaan projek perumahan kos rendah telahpun diambil oleh kerajaan termasuk mempercepatkan proses kelulusan dan pengeluaran pinjaman bank kepada pemaju.

Selain itu pegawai kerajaan berkaitan juga perlu mempercepatkan proses kelulusan dan memastikan segala bantahan terhadap pelan-pelan projek dibuat dengan pantas supaya pindaan dapat disegerakan, katanya.

Dr Mahathir berkata, dalam usaha kerajaan mempercepatkan proses pembinaan rumah kos rendah, ianya tidak akan mengetepikan kualiti, malah terdapat projek yang dibina dengan lambat menghasilkan rumah yang berkualiti buruk.

Beliau berkata sejak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengeluarkan arahan mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah, dapat dilihat kerancakan pembinaan rumah-rumah jenis itu.

Bagaimanapun, ianya masih belum dapat mencapai sasaran projek perumahaan kos rendah di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), katanya.

" Dahulu agak pelahan kerana pemaju perumahan mendahulukan pembinaan rumah kos tinggi untuk mendapatkan keuntungan, sekarang kita dapati lebih banyak rumah kos rendah dibina bersama dengan projek rumah kos tinggi," katanya.

Malah sebahagian Kerajaan Negeri telahpun mula menghantar laporan projek rumah kos rendah di negeri masing-masing kepadanya setiap dua minggu seperti yang diarahkan, kata Perdana Menteri.

Berdasarkan laporan kajian separuh penggal RMK-7, 50.4 peratus sasaran rancangan itu untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana telah dipenuhi.

Mengenai pembinaan rumah kos rendah di kawasan Putra Jaya, Dr Mahathir berkata ianya bergantung kepada permintaan kerana masih banyak kawasan di sekeliling kawasan pentadbiran itu untuk tujuan itu.

Beliau berkata Kumpulan Emkay, yang bertanggungjawab dalam membangunkan projek Cyberia di Cyberjaya iaitu projek perumahan dan komersil, turut mempunyai rancangan untuk membina rumah kos rendah berhampiran dengan Putra Jaya dengan bekerjasama Cuepacs bagi mengisi keperluan perumahaan kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.

Pada masa ini syarikat itu sedang mencari kawasan yang sesuai untuk tujuan itu, katanya.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999