[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK TINGGALKAN KAPSUL EGO.

Date: 03 Aug 1999
Time: 23:40:46
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA KERAJAAN BARISAN NAJIS AKAN MEMBUAT AKTIVITI YANG MEMBAZIR LAGI DUIT RAKYAT.

APA YANG MENARIK DENGAN AKTIVITI MEMBAZIR INI ADALAH KAPSUL MASA YANG AKAN DIAKTIFKAN DALAM MASA 100 TAHUN LAGI.

NAMPAKNYA INI KALI KEDUA SI KEPALA TAIK MAHU MASYARAKAT AKAN DATANG KENANG JASANYA.

INILAH PERANGAI FIRAUN. KONONNYA DIA SAJA YANG BERJASA.

KITA INGATKAN DIA BAHAWA DI PADANG MASYAR NANTI SEMUANYA AKAN TERKELUAR. SETIAP AMALAN.

JADI JANGAN SIBUKLAH NAK TINGGALKAN KAPSUL YANG TIADA BERGUNA INI HANYA KERANA KEEGOANNYA SAHAJA.

============================================================================================================================== PERAYAAN SAMBUTAN ALAF BARU MULAI SEPTEMBER

PUTRAJAYA, 3 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menyambut kedatangan alaf baru dengan perayaan digelar "Seabad Malaysia ke Alaf Baru" yang dipenuhi pelbagai acara dan sambutan yang bertujuan menggalakkan industri pelancongan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi berkata sambutan itu akan diadakan selama dua tahun iaitu bermula dari September ini sehingga Ogos 2001.

"Ia bagi mengimbas kembali kejayaan Malaysia, yang telah dicapai sepanjang tempoh 100 itu serta memberikan gambaran sebenar mengenai kemajuan Malaysia pada hari ini," kata beliau pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa perayaan itu di sini hari ini.

Katanya objektif utama program itu ialah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat cintakan negara sendiri di kalangan rakyat Malaysia serta meningkatkan kesedaran dan perhatian masyarakat dunia terhadap pencapaian bangsa Malaysia.

Abdullah berkata ia juga bertujuan menerap nilai dan budaya melancong di kalangan rakyat Malaysia dan hikmah bercuti dengan menikmati keindahan negara sendiri di samping meningkatkan minat dan dorongan masyarakat dunia bagi melancong ke Malaysia.

Ini sekali gus dapat meningkatkan industri pelancongan negara, katanya.

Abdullah berkata kerajaan akan mengambil peluang daripada penganjuran acara-acara bertaraf antarabangsa untuk mengatur program lawatan dan sebagainya sebelum dan selepas acara itu untuk memperkenalkan Malaysia kepada para pelawat.

Katanya semua acara di bawah program Perayaan Seabad Malaysia Ke Alaf Baru itu akan diselaraskan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata perayaan itu akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada malam 30 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Upacara pelancaran akan dianjurkan serentak di ibu negara dan semua negeri serta akan disiarkan dan dibawa ke negeri-negeri secara lintas langsung oleh Radio Televisyen Malaysia.

Katanya Perdana Menteri akan merasmikan pelancaran itu bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri berkenaan secara persidangan video.

Kadir berkata Dr Mahathir juga akan memasukkan satu perutusan khas kepada generasi akan datang ke dalam sebuah kapsul masa yang hanya akan dibuka pada 30 Ogos 2099.

Beliau berkata antara program yang sudah dirancang tahun ini ialah Pesta Malaysia selama dua minggu mulai 11 Sept dengan acara kemuncaknya Perarakan Citra Warna Malaysia pada 25 Sept.

Katanya tidak ada peruntukan tetap disediakan bagi keseluruhan program dan ia bergantung acara-acara yang dijalankan.

"Lagipun banyak acara yang masih disusun," kata Kadir.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999