[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KITA CABAR MOKHTAR SAMAN SI KEPALA TAIK JUGA

Date: 03 Aug 1999
Time: 23:46:28
Remote User: -

Comments

NOTIS TUNJUK SEBAB DISERAHKAN KEPADA DR CHANDRA MUZAFFAR

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Dr Chandra Muzaffar akan memfailkan permohonan mengetepikan notis tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap beliau kerana menghina mahkamah, yang diserahkan kepadanya hari ini.

Peguamnya Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa beliau telah menerima arahan daripada Chandra untuk memfailkan permohonan itu secepat mungkin.

Chandra dikemukakan dengan notis itu semasa beliau datang sendiri ke Mahkamah Tinggi untuk menerima notis berkenaan yang dikeluarkan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Rozilah Salleh.

"Saya akan teliti perkara ini sebelum memfailkan permohonan. Saya rasa ada asas bagi permohonan ini dan saya percaya menghina mahkamah adalah satu perkara yang serius," kata Karpal.

Semalam Arifin, semasa mendengar perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan permohonan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah untuk mengeluarkan notis itu selepas Mohtar menarik perhatian beliau terhadap satu laporan akhbar Harakah, buletin berita PAS, yang memetik kenyataan media dengan nama Chandra disiarkan.

Mohtar berkata penulis kenyataan bertajuk "Confession and Conspiracy" itu telah membuat rujukan langsung terhadap kes itu, satu tindakan yang melanggar perintah mahkamah yang dibuat pada awal perbicaraan berkenaan.

Dalam membenarkan permohonan itu, Arifin bersetuju dengan Mohtar bahawa Chandra telah membuat rujukan langsung terhadap pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersama Anwar, dan telah diputuskan mahkamah.

Arifin berkata berdasarkan pada para akhir kenyataan itu kelihatan penulis dengan serius memburuk-burukkan secara langsung kewibawaan mahkamah.

Anwar dan Sukma dibicarakan bersama atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isteri Anwar di apartmen Sukma, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk di Bangsar di sini pada kira-kira pukul 7.45 malam antara Januari dan Mac 1993.

Sukma, adik angkat Anwar, menghadapi tuduhan kedua bersubahat dengan Anwar melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999