[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

OHHHHHH! RUMAH SI KADIR RUPANYA!

Date: 03 Aug 1999
Time: 23:48:23
Remote User: -

Comments

KADIR SAMAN AKHBAR TABLOID "EKSKLUSIF" RM20 JUTA

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah Umno memutuskan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar tabloid "Eksklusif" dan mengemukakan saman sebanyak RM20 juta terhadap penerbitnya, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, berhubung laporan bergambar bertajuk "Milik Siapakah Istana Ini?".

Pengerusi jawatankuasa itu Senator Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan itu dibuat dengan persetujuan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada mesyuarat jawatankuasa itu semalam.

"Kes yang diputuskan hari ini ialah kita akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyaman akhbar Eksklusif bertarikh 2-8 Ogos, 1999 mengenai satu laporan bergambar bertajuk `Milik Siapa Istana Ini'," katanya pada persidangan berita, di sini.

Beliau berkata laporan akhbar mingguan itu menyebut "Villa Syakira", milik seorang menteri, terletak di Kampung Sungai Tawar, Baling iaitu di kawasan kampung yang serba mundur dan penduduknya serba daif.

Laporan itu juga menyebut villa itu sekadar rumah persinggahan menteri berkenaan jika berada di Baling, katanya.

Ibrahim berkata walaupun laporan itu tidak menyebut nama Abdul Kadir tetapi beliau (Abdul Kadir) merupakan Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, yang juga seorang menteri.

"Gambar ini disiar ialah untuk memfitnahkan Yang Berhormat Datuk Abdul Kadir dan jawatankuasa ini memutuskan, dengan persetujuan beliau, untuk menyaman Eksklusif sebanyak RM20 juta," katanya.

Ibrahim, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Abdul Kadir akan bertindak sebagai plaintif dalam kes itu yang akan difailkan secepat mungkin oleh panel peguam Tetuan Amin, Yap & Co.

Ibrahim berkata jawatankuasa itu juga mengambil keputusan membuat laporan polis, pada Khamis ini, terhadap Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar berhubung satu wawancara khas beliau dengan akhbar tabloid mingguan "Warta KL".

Menurutnya Mahfuz dikatakan menyentuh kewibawaan badan kehakiman dan menfitnah kerajaan. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999