[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

INI BUKAN JAWAPAN, BODOH!!!!

Date: 03 Aug 1999
Time: 23:55:55
Remote User: -

Comments

ULASAN

INI BUKAN SATU JAWAPAN YANG RAKYAT INGIN TAHU. RAKYAT NAK TAHU APA SEMUA ITU. AHLI-AHLI UMNO JUGA NAK TAHU. MANA BUTIR-BUTIR INI ADA DIBENTANG DALAM AKAUN UMNO.

NAMPAKNYA SI DIAM RASA GERUN DAN TAKUT KERANA KES INI KELUAR BALIK.

INGAT KALAU KAMU SEBAGAI SALAH SEORANG KONSPIRATOR BOLEH BUKA CERITA DONGENG YANG LAMA, APA SALAHNYA DSAI MENDEDAHKAN CERITA LAMA YANG SAH DAN BENAR BERLAKU.

KAMU MESTI JAWAB MANA DUIT ITU? MANA DUIT ITU SEKARANG?

KITA CABAR POLIS BUAT SIASATAN SUPAYA KREDIBILITINYA DAPAT DITEGAKKAN.

==============================================================================================================================

Daim jawab tuduhan -- 'Anwar buat laporan polis untuk alih perhatian terhadap kesnya'

SABAK BERNAM 3 Ogos - Tun Daim Zainuddin menganggap laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya Jumaat lalu merupakan usaha mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes yang dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menteri Kewangan Pertama itu memberitahu, beliau tidak ada apa-apa untuk disembunyikan dan perkara itu tidak berbangkit kerana ia berlaku sembilan tahun yang lepas selain kesemua salinan surat mengenainya ketika itu turut dihantar kepada Anwar.

''Semua surat mengenainya kita ada salinan dan kita sudah hantar salinan kepadanya (Anwar), dia sengaja hendak alihkan pandangan orang mengenai kes yang dihadapinya... itu sahaja.

''Ia bukan perkara baru, ia berlaku 1990, saya yang bagi surat kepada dia (Anwar) kerana saya mahu bersara (sebagai Menteri Kewangan) dan dia mahu mengambil alih,'' ujarnya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Institut Perakaunan Negara (IPN) di sini hari ini.

Dalam laporan polis itu, Anwar mendakwa Daim melakukan rasuah berkaitan pengagihan saham Resorts World, ''syarikat perjudian di Genting Highlands yang disenaraikan atas kelulusan Daim sejurus sebelum beliau meninggalkan Kementerian Kewangan pada 1991.''

Daim dilantik semula menjadi Menteri Kewangan awal tahun ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah terhadap tuduhan rasuah menyalahgunakan kuasa. Beliau juga sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Daim yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas itu turut mengaku perkara tersebut telah dinyatakannya semasa menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO Jun lepas.

''Saya tidak ada apa yang hendak disembunyikan... dia (Anwar) sendiri yang pusing pula untuk mengalihkan perhatian orang kepadanya dan kali ini kata dia jumpa surat itulah... inilah,'' tegas beliau.

Anwar dalam laporan polisnya menuduh Daim terlibat dalam pengagihan saham tersebut melalui tiga surat yang diterimanya daripada tiga tokoh korporat.

Sementara itu di Ipoh, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mengulas mengenai aduan polis yang dibuat oleh Anwar itu berkata, beliau menjangka lebih banyak lagi laporan polis terhadap menteri-menteri kabinet dan pemimpin kerajaan akan dibuat oleh Anwar dan rakan-rakannya.

''Ini dia punya strategi, supaya perbicaraan ini (kes Anwar) berjalan sampai habis pilihan raya supaya dalam masa pilihan raya kita tidak boleh bercakap kerana contempt of court (menghina mahkamah).

''Strategi itu kita fahamlah. Tapi kita pun tahu cara macam mana kita boleh berkata sesuatu yang tidak akan menyebabkan kita menghina mahkamah,'' katanya pada sidang akhbar sebelum berlepas ke ibu negara setelah melakukan lawatan dua hari ke Perak.

''Saya tahu strategi dia, dia akan bawa macam-macam, dulu dia kata I will fight (saya akan lawan), inilah fight (cara)nya,'' kata Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Daim dalam ucapannya berkata, salah satu tanggungjawab kementeriannya ialah menentukan pengurusan kewangan negara sentiasa dikendalikan dengan cekap dan profesional kerana tahap kejayaan sesebuah negara itu bergantung kecekapan itu.

''Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan sistem ekonomi terbuka, kita mesti sentiasa peka dan proaktif terhadap perubahan dan kemungkinan yang diakibatkan oleh proses globalisasi dan ekonomi pasaran bebas yang hampir tidak mempunyai sempadan.'' ujarnya.

Daim menambah, pembinaan IPN merupakan contoh kemajuan yang dibawa oleh kerajaan berbanding dengan keadaan yang jauh ketinggalan berbanding Kelantan yang dipimpin oleh pembangkang.

''Sebabnya, parti pembangkang hanya mampu menabur fitnah dan janji manis tetapi pada hakikatnya mereka tidak lakukan apa-apa untuk rakyat malah tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat,'' jelasnya.


Last changed: August 05, 1999