[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

AWANG AKAN KARAM JUGA

Date: 04 Aug 1999
Time: 00:01:33
Remote User: -

Comments

SI AWANG CUBA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN BAHAWA AHLI-AHLI UMNO SENDIRI TIDAK AKAN MENGUNDI UMNO.

APAKAH MAKSUD SEMUA INI?

INI BERMAKNA "SOKONGAN" AHLI-AHLI UMNO SENDIRI RAPUH.

MEREKA AKAN TERJUN APABILA KAPAL UMNO PECAH.

TERMASUK AWANG DAN AKHBARNYA SEKALI.

SEMUANYA KARAM.

============================================================================================================================== BISIK-BISIK

PERDANA Menteri telah memberi satu ingatan yang tepat pada masanya kepada parti-parti komponen Barisan Nasional. Katanya: ''Jangan fikir semua yang jadi ahli parti kita mengundi dan kalau mereka mengundi pun, belum tentu mereka akan mengundi kita.''

Awang harap kesedaran Perdana Menteri itu turut disedari oleh para pemimpin serta ahli-ahli akar umbi parti-parti komponen BN khususnya UMNO. Dalam suasana sekarang, tiada apa yang boleh diambil mudah.

Apa yang diperkatakan oleh beliau membawa pengertian yang mendalam. Ia ibarat berbunyinya loceng jam gerak untuk mengejutkan mereka yang masih tidur dan dibuai mimpi indah.

Awang - Bangun tanpa jam.


Last changed: August 05, 1999