[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

HUJAH-HUJAH MENGAPA MAHATHIR MESTI DITOLAK

Date: 04 Aug 1999
Time: 00:19:34
Remote User: -

Comments

HUJAH-HUJAH MENGAPA MAHATHIR MESTI DITOLAK

Islam

1 Menghina ulama (Harun Din /Ishak Bahrom) 2 Hukum dan hudud dipertikai. 3 Aurat dipertikai. 4 Memperkecilkan soal murtad. 5 Menghina sunnah Nabi (pertikai janggut Nabi)

Bukankah ini menggambarkan sikap menghina ugama, ulama dan penganutnya?

Ekonomi

1 Ghairah dengan projek mega – untuk kebangaan dan keangkuhan kuasa. Yang terbaik, terbesar, terhebat. 2 Kurang memperdulikan nasib rakyat miskin. Nasib petani kedah (penanam padi) pun tidak dipedulikan. 3 Suka membina mahligai; tidak suka membina rumah kos rendah.

Rasuah

Bagaimana dengan kos membina begitu banyak rumah peribadi di:-

1 Langkawi olih Ting Pheik Khing 2 Subang oleh Rin Kei Meng 3 Country Height dan Mines oleh Lee Kim Yeu 4 Bukit Tinggi (yang terbaru – kos 21 juta dibangunkan oleh Tan Sri Vincent Tan) 5 Selain daripada Mahligai di London atas nama Daim; Vancouver – atas nama Mirzan; Florida – atas nama Dr M; Argentina (ranch) – atas nama Dr. M

6 Mengapa tiada tindakan terhadap laporan RM 1 billion dibawa keluar olih Tun Daim ke bank di Switzerland (akaun bersama Tun Daim dan Dr M)

7 Mengapa tidak ada tindakan lesapnya wang UMNO berbillion ringgit ( Ingat Syarikat hati Budi, UE, MRCB – 75% dipegang olih Dr M atas nama RealMild.

8 Mengapa dibiarkan Bank dimiliki olih Menteri; International Bank Of Malaysia dahulunya Hock Hua Bank atas nama Daim dengan cabang dibeberapa negara luar. Dipercayai menjaga kepentingan keluarga Tun Daim dan Dr M.

Soal Moral

1 Sila jawab tuduhan salahlaku seks Dr. M yang dibuat olih Puan Marina Yusuf. 2 Mengapa dibiarkan kehidupan keluarga dan anak-anak dengan kehidupan liar? Lihat sahaja kisah Marina Mahathir dengan lelaki-lelaki dan Mokhzani dengan pelbagai kes.

3 Mengapa tidak ada tindakan terhadap Tun Daim yang membawa wanita dari Vietnam dan Cambodia dengan menggunakan jet sendiri tanpa melalui immigresen?

4 Mengapa tarik balik tuduhan terhadap Rahim Tamby Chik dan menghukum Lim Guan Eng? 5 Mengapa menutup siasatan terhadap Megat Junid dalam kes pembunuhan Mustakizah? 6 Mengapa perjudian di rumah dan pejabat Megat Junid diteruskan?

Soal Rasuah

1 Mengapa siasatan tidak dibuat terhadap salah guna wang Petronas 1.7 billion Ringgit di bawah pihak PM yang meluluskan sendiri kepada Mirzan Mahathir.

2 Mengapa tindakan rasuah tidak diambil terhadap Dr. M yang meluluskan penswastaan berbilion ringgit – perkhidmatan kesihatan kpd Mokhzani Mahathir.

3 Mengapa tindakan terhadap IPP – YTL : 20% dimiliki Mokhzani melalui syarikat di Hong Kong.? 4 Mengapa tindakan tidak diambil bila Dr. M sendiri meluluskan kontrak ratusan juta kepada Marina Mahathir untuk interior decoration KLCC;Kontrak ratusan juta untuk Mokhzani Mahathir untuk lantai granite KLIA; Mukhriz Mahathir untuk kabel telekomunikasi?

5 Mengapa diteruskan juga projek Formula One dengan kos ratusan juta semata-mata kerana melibatkan Mokhzani Mahathir?

6 Mengapa tidak ada tindakan terhadap Tun Daim yang mencuri berbilion wang rakyat semasa menjadi Menteri Kewangan dan kini Menteri Kewangan 1?

7 Mengapa tidak ada tindakan terhadap Tan Sri Eric Chia yang menyebabkan kerugian 5 billion Ringgit dan melibatkan kelulusan dan kepentingan Dr. Mahathir?

8 Mengapa terus dipelihara Tan Sri Ting Phing Khim yang membina rumah Dr. Mahathir di Langkawi; membayar gantirugi untuk Bakun yang tinggi; menggunakan Ekran dengan nominee yang dipegang oleh keluarga Dr.Mahathir dan Tun Daim?

9 Mengapa tindakan rasuah tidak diambil terhadap Rahim Tamby Chik setelah siasatan olih BPR membuktikan beliau punyai 70 juta ringgit?

10 Mengapa tindakan rasuah tidak diambil terhadap Rafidah Aziz; manakala Peguam Negara mencadangkan tindakan? 11 Mengapa tidak diteruskan siasatan terhadap Najib Tun Razak ; pembelian F18 dari US dengan bayaran komisen?

12 Mengapa tidak ada siasatan terhadap Abdullah Badawi; ratusan juta kontrak kepada syarikat Mahmud Ambak (mentuanya) untuk kelengkapan tentera semasa beliau Menteri Pertahanan?

13 Mengapa tiada siasatan terhadap Ling Liong Sik; anaknya sahaja punyai 1.5 billion ringgit? 14 Mengapa tiada siasatan terhadap Samy Vellu ; kenduri kahwin anaknya saja 1 juta ringgit?

Pembaziran

1 Tindakan kerana membina mahligai; asal 200 juta ringgit; termasuk infrastruktur melebihi 650 juta ringgit. 2 Tindakan kerana pembelian pesawat khas peribadi; Global Express 200 juta ringgit. 3 Meneruskan projek-projek raksaksa tetapi memberikan kepada kekayaan kroni.

Keadilan dan Undang-undang

1 Menyalahgunakan kuasa: memukul, mendera dan menahan rakyat – ISA dan Akta Polis (Undang-undang Penjajah) 2 Menjadikan media TV dan akhbar sebagai suara Mahathir; memperbodohkan rakyat; membeli Kadir Jasin yang memegang saham 1.5 billion ringgit; mengupah ZAM.

3 Menjadikan Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman sebagai alat mencapai cita-cita poltik; Eusoff Chin, Wahab Patail, Paul Augustine.

Anwar Ibrahim Sungai Buluh 3/8/99


Last changed: August 05, 1999