[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI KEPALA TAIK KATA ORANG-ORANG MELAYU INI TIDAK LAYAK.

Date: 04 Aug 1999
Time: 04:29:59
Remote User: -

Comments

OTHMAN YEOP ABDULLAH DIANUGERAH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH IT

SINTOK, 4 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC), Datuk Dr Othman Yeop Abdullah menjadi penerima tunggal anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Teknoloji Maklumat) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada konvokesyen ke-12 UUM pada 7 dan 8 Ogos ini.

Anugerah itu, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan teknoloji maklumat (IT), akan disampaikan oleh Canselor UUM, Sultan Kedah di Dewan Muadzam Shah UUM pada sesi pertama konvokesyen itu Sabtu ini.

Menurut kenyataan akhbar UUM hari ini, Othman, Naib Canselor yang kedua universiti itu, memainkan peranan penting melengkapkan infrastruktur yang terkini untuk membawa Malaysia ke alaf baru dengan lebih yakin.

Sementara itu seramai 2,621 orang graduan akan menerima ijazah pada konvokesyen kali ini yang akan diadakan dalam empat sesi, kata kenyataan itu.

Mereka terdiri daripada dua graduan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Perakaunan, 55 Sarjana Sains (Pengurusan), 8 Sarjana Sains (Teknologi Maklumat), 65 Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 2,491 Sarjana Muda.

Daripada jumlah graduan Sarjana Muda itu, 771 adalah dalam jurusan Pengurusan Perniagaan, 684 perakaunan, 249 Teknoloji Maklumat, 234 Pengurusan Awam, 233 Ekonomi, 113 Pengurusan Sumber Manusia, 98 Pengurusan Pelancongan, 92 Pengurusan dengan Pendidikan, 14 Perniagaan Antarabangsa dan 3 Pentadbiran Awam.

Tiga orang graduan terbaik, Juliana Wahid (Teknoloji Maklumat) penerima Pingat Emas Canselor, Mohd Farid Ismail (Teknoloji Maklumat) dan Cheah Han Wan (Pengurusan Perniagaan), kedua-duanya penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Emas Jaya Cemerlang) akan menerima anugerah daripada Canselor sendiri.

Sejak ditubuhkan pada 1984, UUM telah melahirkan seramai 15,316 siswazah dalam pelbagai bidang pengurusan dan yang berkaitan.

Sultan Kedah selaku Canselor akan mengurniakan ijazah kepada graduan pada sesi pertama manakala Pro-Canselor, Tun Abdul Hamid Omar pada sesi kedua dan Pro-Canselor, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh pada sesi ketiga dan keempat. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999