[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

LAGI WANG RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN BN

Date: 04 Aug 1999
Time: 04:32:05
Remote User: -

Comments

PERDANA MENTERI LAWAT MELAKA DUA HARI

MELAKA, 4 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Melaka pada Isnin dengan diiringi Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

Ketua Menteri Datuk Seri Abu Zahar Isnin berkata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang juga presiden Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno negeri di Hotel Equatorial di sini sejurus tiba pada pukul 9.30 pagi.

Beliau kemudian akan mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin peringkat bahagian, Pemuda dan Wanita Umno serta Barisan Nasional (BN) di tempat yang sama, diikuti dengan majlis jamuan tengah hari.

Acara kemuncak pada hari pertama ialah perasmian bangunan baru Hospital Melaka pada pukul 3 petang.

Bangunan baru yang menelan belanja RM77 juta itu menyediakan beberapa kemudahan tambahan seperti dewan bedah, bilik bersalin, wad dan tambahan kemudahan 800 katil baru.

Abu Zahar berkata Dr Mahathir akan menghadiri majlis jamuan makan bersama rakyat di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong pada sebelah malam.

Pada hari kedua, jadual lawatan Perdana Menteri bermula dengan melawat kilang perabut Hasbro di kawasan perindustrian Bukit Rambai pada 9 pagi.

Pada pukul 9.45 pagi, beliau akan menemui kira-kira 20,000 orang ramai yang akan berhimpun pada majlis perjumpaan bersama rakyat di tapak Kawasan Industri Kecil dan Sederhana Tangga Batu.

Perdana Menteri dan isteri dijadual berlepas balik ke Kuala Lumpur selepas majlis itu, katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999