[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KINI (4.9.99)

Date: 04 Aug 1999
Time: 04:53:25
Remote User: -

Comments

KINI Isu No. 9 (4 Ogos 1999)

Dr Chandra Mungkin Didakwa Hina Mahkamah

Mahkamah Tinggi mengarahkan Dr Chandra Muzaffar, Timbalan KeADILan, menunjukkan sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan atas sebab “menghina mahkamah”, sumber BERNAMA dipetik. Hakim Ariffin Jaka mengarahkan demikian apabila merujuk kenyataan Chandra pada Sabtu lepas, yang turut disiarkan oleh Harakah. Wartawan KINI pernah melaporkan kenyataan Chandra itu yang mengkritik media, sistem kehakiman dan polis di negara ini dalam hubungannya dengan pengakuan Sukma. Beliau menjelaskan bahawa di negara ini, sudah ramai, termasuk tokoh seperti Tan Sri Abdullah Ahmad dan Tan Sri Samad Ismail, yang pernah dipaksa mengaku dakwaan palsu semata-mata memenuhi keinginan pemimpin politik kerajaan BN. Kalau Perdana Menteri Dr Mahathir boleh memberikan komen tanpa dituduh “menghina mahkamah”, bagaimana rakyat tidak tuduh hakim tunduk kepada kehendak PM? Arifin mengesahkan tanggapan orang ramai itu.

Mahathir Tidak Pernah Bersalah -- Ibrahim Ali

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Ibrahim Ali merayu orang ramai menghentikan serangan terhadap Dr Mahathir kerana Perdana Menteri tidak pernah melakukan sebarang kesalahan, sumber BERNAMA dipetik. Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu juga berkata beliau berbangga dilabel sebagai “raja katak” kerana tiada prinsip perjuangan dan suka melompat-lompat dari satu parti ke satu parti yang lain. Kalau dah bangga, apa lagi rakyat nak kata...

Indeks BSKL Jatuh Lagi

Indeks Bursa Saham Kuala Lumpur menjunam 33 mata kepada 734 mata. Sejak tiga minggu lalu, indeks BSKL terus menunjukkan penurunan dari lebih 850 mata kepada keadaan hari ini. Timbalan Perdana Menteri minggu lepas menyifatkan “indeks BSKL bukannya petunjuk ekonomi.” Sementara penganalisis pula menyifatkan kemerosotan itu berpunca dari faktor serantau. Apa yang pasti, indeks itu turun kerana semakin ramai pelabur menjual saham dan lebih berhati-hati.

Azizan Diliwat di Port Dickson

Azizan Abu Bakar, saksi utama kes perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang, mendakwa beliau diliwat di Port Dickson pada awal 1992, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Isnin baru-baru ini. Sebelum ini beliau mengaku, seperti yang dimasukkan dalam fakta pendakwaan Jabatan Peguam Negara, di Tivoli Villa. Kemudiannya Peguam Negara mengubah tarikh itu kepada “awal 1993” kerana “kesilapan menaip.” Kemudiannya dipinda sekali lagi di mahkamah pada awal Julai lalu kepada “awal 1994” kerana peguam Datuk Seri Anwar menjelaskan Tivoli Villa belum boleh diduduki lagi. Dalam perbicaraan kes yang lalu, Azizan mendakwa beliau diliwat di beberapa buah hotel ternama tetapi tidak mengingati nama hotel itu dan bila masa ia berlaku. Hai Azizan dan Peguam Negara, kenapa dakwa kalau fakta kes masih kelam-kabut? Siapa yang siasat kes ini, polis atau Pendakwaraya? Menurut amalan lazim, pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan (IP) ke Jabatan Peguam Negara sebelum dikaji untuk didakwa atau tidak. Selalunya kertas siasatan polis sudah lengkap. Tetapi untuk kes Anwar, siasatan tidak ada, pendakwaan terpaksalah putar-belitkan fakta, bukan?

Mahathir Risau ahli BN Tidak Undi BN

Kerana bimbang, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan setiap pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama di bahagian dan cawangan supaya “memastikan setiap orang daripada sejumlah lebih empat juta anggota parti itu dan penyokong mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang,” sumber BERNAMA dipetik. Beliau juga mahu pemimpin berkenaan bertemu dengan setiap kenalan atau penyokong yang bukan anggota parti masing-masing di kawasan pilihan raya mereka untuk mengetahui pendirian golongan itu dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Selepas itu, setiap pemimpin tertinggi parti komponen BN harus mengemukakan laporan lengkap mengenai hasil usaha tersebut kepada beliau, kata Dr Mahathir. Gesaan beliau ini terpaksa diambil kerana ramai anggota parti komponen BN dipercayai “tidak akan memangkah BN kali ini” bagi menunjukkan protes. Ucapan pemimpin BN selama ini yang menyatakan rakyat di belakangnya hanyalah untuk menyedapkan hati diri mereka sendiri sahaja. Kalau anggota BN pun tolak BN, tak ‘kan kita rakyat nak pilih mereka!

Kerajaan Galakkan Pengguna Berhutang

Pendapatan yang layak untuk menggunakan kad kredit direndahkan, jelas satu kenyataan Bank Negara dalam satu kenyataan ringkas. Dahulu, seseorang mesti berpendapatan RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan) tetapi kini hanya RM18,000 setahun atau RM1,500 sebulan. Usaha ini dipercayai untuk menggalakkan rakyat berbelanja. Tetapi persatuan-persatuan pengguna, seperti FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selama ini mengkritik langkah ini yang menggalakkan tabiat berhutang. Menurut kajian, masyarakat Amerika menderita apabila mereka yang tidak mampu (pendapatan rendah) berbelanja melebihi kemampuan apabila kad kredit boleh digunakan meluas. Lihatlah... untuk memulihkan ekonomi (kemudiannya supaya rakyat mengundi BN), mereka rela mengajar orang ramai supaya berhutang, bukannya menabung!

Pembangkang Macam Bangau – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menghina parti-parti alternatif dengan mengibaratkan mereka sebagai “bangau”. Sambil bercerita kisah bangau dan ikan, beliau bermaksud menuduh alternatif sebagai parti yang suka menipu rakyat. Siapa bangau, Datuk Seri? Orang yang bailout anak-anaknya yang memiliki 200 syarikat atau Perdana Menteri yang membina mahligai mewah RM200 juta?

TAMAT


Last changed: August 05, 1999