[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

RAKYAT NEGERI SEMBILAN JUGA TELAH SEDIA.

Date: 04 Aug 1999
Time: 20:02:13
Remote User: -

Comments

ULASAN

OLEH KERANA DORAEMON TELAH MEMALUKAN KESELURUHAN NEGERI DISEBABKAN KES JE DAN NIPAH, MAKA RAKYAT JUGA BERSEDIA UNTUK MENGHUMBAN BELIAU DAN UMNO/BN DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG.

APAKAH MEREKA INGIN MENENTANG ARUS PERUBAHAN YANG BAKAL BERLAKU?

RAKYAT NEGERI SEMBILAN TIADA PILIHAN LAGI SELAIN MENEBUS MARUAH.

KITA TIDAK MAHU NEGERI SEMBILAN DIKAITKAN SEBAGAI DARUL KHINZIR.

============================================================================================================================== JENTERA PILIHAN RAYA UMNO DAN BN NEGERI SEMBILAN TELAH BERSEDIA

SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Cuma kita nak pastikan semua jentera pilihan raya siap daripada peringkat parlimen hingga sampai peringkat peti undi," kata Menteri Besar Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau, yang juga Ketua Badan Perhubungan Umno Negeri dan Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang tersiar pada akhbar hari ini bahawa beliau masih belum berpuas hati denga persediaan yang dibuat oleh parti-parti komponen BN bagi menghadapi pilihan raya umum.

Mohamad Isa yang bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri itu berkata, "Kita akan baiki sehingga peringkat yang paling bawah...ini yang paling penting. Kalau kita hanya ada jentera di peringkat parlimen sedangkan di peti undi (di cawangan) tidak sempurna ini tidak akan meninggalkan kesan yang baik."

"Untuk membuat ini bukan satu masalah kerana kita punyai pengalaman pada pilihan raya lepas dan sebahagian besar mereka yang menjalankan tanggungjawab adalah mereka yang mempunyai pengalaman," katanya.

"Persiapan jentera Umno pada keseluruhannnya telah siap cuma sekarang ini dalam peringkat kedua membabitkan parti-parti komponen dalam BN, yang akan diletakkan dalam semua jawatankuasa di semua peringkat," katanya.-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999