[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

RAKYAT MELAYU ISLAM JANGAN BIMBANG

Date: 04 Aug 1999
Time: 20:18:22
Remote User: -

Comments

ULASAN

KENYATAAN INI MELENYAPKAN KETAKUTAN BANGSA MELAYU/ISLAM YANG DIMOMOKAN BAHAWA ORANG BUKAN ISLAM AKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

KITA TIDAK LUPA BAHAWA PERKARA INI PERNAH BERLAKU SELAMA DUA MINGGU SEMASA UMNO DIHARAMKAN.

JADI JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT. KITA TETAP SEDAR.

============================================================================================================================== MASA BELUM SAMPAI ORANG BUKAN ISLAM JADI PERDANA MENTERI

SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Chen Man Hin hari ini berkata belum sampai masanya orang bukan Islam boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana tahap kesedaran rakyat negara ini mengenai `Malaysian Malaysia' belum sampai, katanya.

"Walaupun mengikut perlembagaan negara ini sesiapa yang mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen boleh menjadi Perdana Menteri tanpa mengira kaum dan agama tetapi masanya belum sampai lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan timbalan presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam bahawa PAS menghalalkan kerjasama dengan parti bukan Islam terutama DAP tetapi dengan syarat kepimpinan tertinggi dalam pembentukan kerajaan mestilah diterajui orang Islam.

Menurutnya, perkara ini tidak mungkin berlaku selagi rakyat negara ini masih belum sanggup menerima pemimpin bukan Islam sebagai Perdana Menteri.


Last changed: August 05, 1999