[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

APA SUMBANGAN MAPEN I?

Date: 04 Aug 1999
Time: 20:31:12
Remote User: -

Comments

ULASAN

PARTI-PARTI ALTERNATIF TIDK MENYERTAI MAPEN II KERANA TERBUKTI MEREKA DIPERGUNAKAN OLEH KERAJAAN BARISAN NAJIS.

SEKARANG KITA TAHU SIAPA SEBENAR AHMAD SARJI YANG JUGA PENGERUSI IKIM JUGA JADI PENGERUSI MAPEN II.

SEBENARNYA INI SATU LAGI GIMIK POLITIK SI KEPALA TAIK.

APA SALAHNYA TERUSKAN SAHAJA MAPEN II.

============================================================================================================================== PEMBANGKANG ENGGAN SERTAI MAPEN II, KATA MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Parti-parti pembangkang di Semenanjung telah menolak tawaran kerajaan untuk menganggotai Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II), kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jemput mereka, tapi mereka tak mahu masuk, jumlah bilangan itu bukanlah tetap sangat. Tujuan kita ialah untuk menubuhkan sebuah majlis perundingan yang berkesan," katanya.

Bercakap pada persidangan berita selepas melancarkan MAPEN II di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang ini berkata, Dr Mahathir berkata parti-parti pembangkang yang dijemput menyertai badan itu ialah DAP, PAS dan PRM.

Bagaimanapun katanya parti-parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak telah menyertai majlis perundingan itu.

MAPEN II, yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarja Abdul Hamid, ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjadi bahagian penting dalam proses penggubalan dasar utama bagi pembangunan negara dalam dekad pertama alaf baru (2000-2010).

Ia dianggotai oleh wakil-wakil pelbagai kumpulan dan kepentingan untuk menentukan pendapat yang dikemukakan dapat mewakili pandangan semua lapisan rakyat Malaysia.

MAPEN II diberikan masa sehingga September tahun hadapan untuk mengemukakan laporannya kepada Jemaah Menteri.

Ditanya sama ada parti-parti pembangkang itu akan diterima menyertai majlis perundingan itu jika mereka mengubah pendirian kemudiannya Dr Mahathir berkata, beliau tidak tahu sama ada mereka akan diterima.

Sebelum itu, semasa berucap melancarkan majlis perundingan itu, Dr Mahathir berkata MAPEN II bukan bermaksud untuk mencapai faedah politik seperti yang disangka oleh beberapa pihak yang menolak jemputan kerajaan untuk turut memberi sumbangan.

Tempoh hayat Rancangan Jangka Panjang yang hendak digubal itu sendiri menolak prasangka itu kerana tempoh 10 atau 20 tahun yang diliputi adalah jangka masa yang melebihi satu tempoh pemerintahan sesuatu parti politik yang memenangi pilihan raya.

"Keahlian majlis ini yang tidak mengenal bulu juga membuktikan majlis ini bukan condong kepada agenda politik," katanya.

Dr Mahathir berkata pemilihan dibuat dengan hasrat supaya semua pihak dalam masyarakat Malaysia diwakili, agar teras dan arah tuju yang dicadangkan nanti adalah hasil buah fikiran bernas daripada semua cerdik pandai negara ini, dengan memberi nafas baru dan telah mengambil kira semua sudut dan aspek yang penting. Perdana Menteri berkata, peluang menjadi anggota MAPEN II itu sepatutnya disambut dengan hati terbuka "kerana sesiapa sahaja yang sayangkan negara harus mengetepikan kepentingan sendiri termasuk fahaman politik".

"Ini bukan gelanggangnya. Seseorang yang bijak patut dapat menimbang sesuatu langkah dan tahu menyesuaikan diri dengan keperluan semasa.

Di gelanggang pertarungan, kita menyinsing lengan tetapi di majlis bermusyawarah kita bertemu sila," katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan berupaya membentuk dasar baru tanpa berunding dengan mana-mana pihak lain tetapi itu bukan cara kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan ini ingin memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi sumbangan dalam menentukan masa depan negara kerana kerajaan percaya semua lapisan masyarakat mempunyai hak.

"Mudah-mudahan dengan sumbangan itu kita dapat membina satu bangsa dan satu negara yang gemilang, yang dihormati dan dikenali oleh dunia," katanya.

Beliau berkata, majlis itu menyediakan forum untuk anggotanya bertukar fikiran dan pendapat dan jika ada cadangan untuk membuat perubahan atau reformasi, inilah masa dan tempat untuk memberi pendapat supaya dapat dibahas, dipertimbang dan dihalusi oleh semua pihak.

"Saya yakin ide-ide yang bernas dan tahan diuji akan diterima oleh majlis kerana ahli-ahli majlis sendiri bukanlah calang-calang orang," katanya.

MAPEN II dianggotai oleh 155 orang termasuk wakil-wakil parti politik dan bekas menteri serta ahli-ahli dewan perniagaan, badan profesional, persatuan perdagangan dan industri, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan minoriti, golongan belia dan wanita dan individu terpilih daripada kumpulan etnik utama seluruh negara.

Majlis itu ditugaskan untuk menilai prestasi DPN termasuk faktor yang menyumbang atau menghalang pencapaian objektif dasar itu, khususnya pencapaian program pengurangan kemiskinan, penyusunan semula guna tenaga dan ekuiti korporat dan pengagihan pendapatan di antara kumpulan etnik, kawasan bandar dan luar bandar serta negeri-negeri.

Ia akan mengemukakan cadangan untuk satu dasar baru bagi memandu pembangunan negara selepas tahun 2000 dengan mengambil kira matlamat dan cabaran Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999