[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

CAWANGAN YANG TERKUBUR TIDAK DILAPORKAN.

Date: 04 Aug 1999
Time: 20:38:26
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA MAKLUMAT INI TIDAK TEPAT.

MEREKA TIDAK MEMBERITAHU BERAPA BANYAK CAWANGAN YANG TELAH TERKUBUR ATAU DITUTUP.

AGAKNYA CAWANGAN-CAWANGAN INI ADALAH CAWANGAN-CAWANGAN "BARU" YANG MENGGANTIKAN CAWANGAN YANG TERKUBUR ATAU TERTUTUP.

==============================================================================================================================

UMNO TUBUH LEBIH BANYAK CAWANGAN

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ketika pembangkang mendakwa Umno kehilangan ramai anggotanya, Majlis Tertinggi parti itu malam ini meluluskan penubuhan 48 lagi cawangannya di beberapa negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat MT malam ini bersetuju dengan penubuhan 23 cawangan di Selangor, 14 di Kelantan, tujuh di Johor dan masing-masing dua di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Ia juga bersetuju dengan pembentukan Kelab Umno di Australia Barat.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Dr Mahathir berkata semua bahagian Umno akan meneruskan usaha mengesan fitnah yang dilemparkan oleh penceramah PAS.

"Jika ada sesuatu yang memerlukan tindakan undang-undang, kita akan ambil tindakan," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999