[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KEPUTUSAN RAKYAT TOLAK PANDANGAN SI KEPALA TAIK.

Date: 05 Aug 1999
Time: 04:15:49
Remote User: -

Comments

ULASAN

SEKALI LAGI SI KEPALA TAIK CUBA MENIPU RAKYAT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA DIA MENGGUNAKAN KONSEP PERUNDINGAN. INI SATU PEMBOHONGAN. SIAPA YANG BERANI LAWAN CAKAP DIA? APA YANG JADI KEPADA MEREKA YANG TENTANG DIA BAIK DARI DALAM MAHUPUN LUAR UMNO DAN BARISAN NAJIS.

RAKYAT SABAH TELAH TOLAK PDS.

INI KEHENDAK RAKYAT.

YANG SI DOMPOK ASYIK MELACURKAN DIRI, BUAT APA?

KAN RAKYAT TELAH TOLAK KEPIMPINANNYA.

============================================================================================================================== POLITIK PERUNDINGAN BAWA MANFAAT KEPADA SEMUA, KATA DR M

KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berharap masyarakat Kadazandusun dan Murut akan dapat melihat kebaikan daripada politik perundingan yang diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Menurutnya, politik seumpama itu terbukti dapat memberi manfaat yang besar kepada semua rakyat di negara ini.

Perdana Menteri berkata peningkatan undi BN di semua kawasan yang ditandingi oleh calon-calon Parti Demokratik Sabah (PDS), sebuah parti komponen BN, turut membuktikan kemampuan pucuk pimpinan parti itu untuk membawa masyarakat Kadazandusun dan Murut ke arus pembangunan perdana.

"Kejayaan PDS ini juga telah memantapkan penerimaan rakyat Malaysia di Sabah terhadap konsep, falsafah serta prinsip perjuangan BN," kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi BN dalam satu perutusan khas menjelang Kongres Tahunan PDS ke-5 Sabtu ini.

"Dengan kepimpinan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang sedia ada, saya yakin sokongan dan kepercayaan masyarakat Kadazandusun-Murut terhadap PDS dan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkat lagi," kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri turut memuji bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden PDS Tan Sri Bernard Giluk Dompok kerana mempamerkan satu corak dan gaya kepimpinan yang baik dan berkesan ketika beliau menerajui kerajaan negeri.

Berkat kepimpinan bekas ketua menteri itu yang cekap, rakyat telah memberikan sokongan yang padu bagi memastikan BN mencapai kemenangan yang besar pada pilihan raya negeri Mac lepas, kata Dr Mahathir.

Selain dari itu, kewibawaan dan integriti serta rekod pemerintahan yang cemerlang BN juga telah dapat mengatasi sentimen negatif dan buruk yang disebarkan oleh pembangkang, kata Dr Mahathir.

Menurutnya, kemenangan BN Sabah dalam pilihan raya negeri Mac lalu adalah sungguh bererti bagi rakyat Malaysia.

"Ini kerana BN telah memenangi satu pilihan raya ketika negara sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi dan politik yang paling mencabar dalam sejarah negara kita," kata beliau.

"Rakyat Malaysia di Sabah telah memperlihatkan satu kebijaksanaan dan kematangan politik yang terpuji dengan memberikan semula mandat yang kuat dan besar kepada BN untuk terus memimpin mereka ke arah keamanan, kemajuan dan kemakmuran," kata Dr Mahathir.--BERNAMA


Last changed: August 05, 1999