[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

25 TAHUN BARISAN NAJIS BERKUASA, CUKUPLAH!!!

Date: 05 Aug 1999
Time: 04:54:04
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA SUDAH 25 TAHUN KERAJAAN BARISAN NAJIS BERKUASA. PADA RAKYAT CUKUPLAH.

MASA MEREKA UNTUK BERUNDUR TELAH SAMPAI.

SAYONARA.

============================================================================================================================== PERAYAAN JUBLI PERAK BN BUKAN KERANA PILIHAN RAYA UMUM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Perayaan Jubli Perak Barisan Nasional yang akan diadakan tahun ini bertujuan memperingati penubuhan 25 tahun BN yang telah membawa banyak perubahan serta kemajuan kepada negara dan ia tiada kena mengena dengan musim pilihan raya umum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya jika perayaan itu diadakan pada masa rakyat sibuk bercakap mengenai pilihan raya umum, itu adalah satu kebetulan.

"Kalau kita hendak buat perayaan ini lebih awalpun tidak memadai kerana BN genap 25 tahun hanya pada 1 Jun dan memandangkan kita telah membuat keputusan untuk mengadakannya (perayaan) maka kenalah kita buat persiapan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa perayaan ulangtahun ke-25 BN, di sini.

Beliau berkata demikian bila ditanya adakah perayaan jubli perak BN itu dibuat berikutan musim pilihan raya umum akan datang. Katanya tarikh perayaan akan ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi BN dan ia akan diadakan di seluruh negara.

Semasa ditanya adakah perayaan kali ini untuk menunjukkan kekuatan BN, Abdullah berkata: "Tidak, kebetulan tahun ini BN berusia 25 tahun dan kita tidak boleh membiarkan tahun ke-25 ini dilupakan."

Katanya melalui perayaan itu diharapkan golongan muda dapat memahami idea dan falsafah perjuangan BN yang berjaya menyatupadukan rakyat menerusi sikap bertolak ansur anggota-anggotanya dan saling menghormati satu sama lain.

Katanya sebanyak tujuh jawatankuasa kecil diwujudkan untuk sambutan perayaan dan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini ialah aspek perayaan daripada segi agenda, tema dan logo serta tempat pelancaran perayaan itu di sini. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999