[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

HANYA SATU CARA SAHAJA

Date: 05 Aug 1999
Time: 05:01:17
Remote User: -

Comments

ULASAN

KENYATAAN PAK LAH ADA RELEVANNYA. MUNGKIN YA DAN MUNGKIN TIDAK.

OLEH ITU KITA CABAR DIA, SI KEPALA TAIK DAN KERAJAAN BARISAN NAJIS SUPAYA KITA GUNAKAN DAFTAR UNDI BARU.

RAKYAT MENGALU-ALUKAN CARA INI.

HANYA DENGAN MEMBENARKAN PERKARA INI SAJALAH BARU KITA TAHU APA YANG BENAR.

============================================================================================================================== JANGAN BUAT TAFSIRAN TERHADAP SOKONGAN PENGUNDI BARU, KATA ABDULLAH

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanya sesuatu kepada Setiausaha Barisan Nasional, Datuk Mohamed Rahmat sebelum mesyuarat Jawatankuasa sambutan ulang tahun ke-25 Barisan Nasional di sini hari ini.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- PAS tidak boleh membuat andaian semua pengundi baru yang berdaftar pada Mei lepas terutamanya di kalangan golongan muda akan menyokong parti pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Beliau berkata jika semata-mata kerana ada segelintir golongan muda menyuarakan tentangan terhadap kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dan melalui Internet, ini tidak bermakna semua orang muda akan menyokong parti-parti pembangkang, katanya.

"Kita tidak boleh terima andaian (PAS) itu kerana ada pengundi baru berkenaan yang menyokong Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Perayaan Sambutan Ulangtahun ke-25 BN, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Fadzil Noor semalam yang mendakwa pilihan raya umum akan diadakan tahun ini kerana BN tidak berani menghadapi 700,000 pengundi baru yang akan menyokong parti pembangkang (yang senarai pendaftarannya boleh digunakan tahun depan).

Abdullah berkata ramai golongan muda kini menyokong BN berdasarkan kepada keanggotaan mereka dalam pergerakan pemuda parti-parti komponen BN.

Katanya BN tidak khuatir dengan sikap sesetengah golongan muda yang menunjukkan minat menyokong pembangkang kerana BN juga mempunyai jumlah penyokong yang besar di kalangan mereka. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999