[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

AZMI TERPAKSA BREK

Date: 05 Aug 1999
Time: 05:08:30
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA AZMI TERPAKSA MELETAKKAN BREK SUPAYA MEREKA TIDAK TERIKUT-KUT DENGAN ISU LOGO PETRONAS.

RAKYAT SANGAT MARAH DENGAN ISU LOGO PETRONAS KERANA IA SEPERTI PERBUATAN BUDAK-BUDAK.

KALAU MEREKA TIDAK BENARKAN PAKAI NAMA ISLAM INI PADA PERSATUAN-PERSATUAN BERDAFTAR INI MAKA LAGI RAKYAT AKAN MARAH SEBAB MEREKA MEMANG SEKULAR.

MEREKA MESTI DIHUMBANKAN.

============================================================================================================================== PAS DIBENAR TERUS GUNA PERKATAAN ISLAM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan parti-parti lain yang menggunakan perkataan berunsurkan agama Islam pada nama parti mereka dibenarkan terus berbuat demikian, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan untuk tidak meluluskan sebarang permohonan daripada mana-mana parti politik baru untuk menggunakan perkataan berunsur agama pada nama parti, katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di sini.

Dua lagi parti yang menggunakan perkataan berunsurkan Islam ialah Barisan Jamaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), kedua-duanya masih wujud dalam senarai Pendaftar Pertubuhan tetapi tidak lagi bergerak secara aktif.

Azmi berkata demikian sebagai mengulas cadangan Senator Rosli Mat Hassan di Dewan Negara baru-baru ini supaya perkataan Islam bagi semua badan sukarela dan parti politik digugurkan kerana penggunaan perkataan itu banyak menimbulkan salah faham di kalangan rakyat.

Beliau berkata kementerian juga telah membuat keputusan untuk membenarkan mana-mana pertubuhan yang bukan parti politik sama ada sudah atau akan didaftarkan untuk menggunakan perkataan berunsur agama.

Beliau berkata kementerian juga sedang dalam proses menimbang permohonan pendaftaran dua parti politik baru iaitu Himpunan Angkatan Keadilan (HAK) dan Parti Sosialis Pekerja.

"Saya ingin mengingatkan bahawa kementerian berhak menolak mana-mana permohonan pendaftaran pertubuhan oleh individu jika didapati beliau telah menaja lebih daripada satu pertubuhan," katanya.

Sehingga Mac tahun ini sebanyak 5,368 pertubuhan dalam kategori Am telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, kategori Agama (4,705), Sosial dan Rekreasi (4,155), Sukan (3,250), Kebajikan Masyarakat (3,017), Perdagangan (2,579), Belia (2,552) dan Parti Politik (39).

Ditanya mengenai penyebaran secara berleluasa akhbar rasmi parti Keadilan "Suara Keadilan", Azmi berkata tindakan boleh dikenakan terhadap parti berkenaan kerana menerbitkan akhbar tanpa kelulusan KDN. --BERNAMA


Last changed: August 05, 1999