[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

TAHNIAH ZAINUR

Date: 05 Aug 1999
Time: 05:40:00
Remote User: -

Comments

INTERNATIONAL HUMAN RIGHT AWARDS KEPADA PEGUAM DSAI Buat pengetahuan semua penyokong keadilan khasnya dan keseluruhan rakyat Malaysia amnya, setelah DSWA dianugerahkan Pingat George Rizal di Manila baru-baru ini, kini satu lagi pengiktirafan diberi oleh sebuah badan dunia yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia kepada peguam DSAI iaitu Sdr Zainur Zakaria yang akan menerima International Human Right Awards di USA. Pengiktirafan pada kali ini hanya diberi kepada dua pejuang hak asasi manusia, seorang dari Balarus dan seorang lagi adalah saudara kita. Sdr Zainur Zakaria juga sekarang bergiat aktif didalam politik bersama-sama Parti Keadilan Nasional dan beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan bagi Parti keADILan. Kepada penyokong-penyokong keADILan sama-samalah kita mendoa dan meraikan pegiktirafan yang diberikan kepada Sdr Zainur Zakaria dengan turun beramai-ramai pada 06/08/99 jam 11.00 malam di KLIA untuk menghantar Sdr Zainur berangkat ke USA. Sdr Zainur dijangka pulang ke tanah air pada tanggal 18/08/99 jam 3.30 ptg. Kita turunlah beramai-ramai juga untuk meraikan kepulangan beliau nanti. Sila sahkan kepulangan beliau melalui pejabat keADILan Wilayah Persekutuan. Sekian untuk maklumat pejuang-pejuang keadilan.

Bekas Mejar & Pemuda Wilayah


Last changed: August 05, 1999