[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

TUNGGULAH HARI PERHITUNGAN

Date: 05 Aug 1999
Time: 20:16:35
Remote User: -

Comments

ULASAN

LING LIONG SHIT INGAT MCA KUAT.

LLSHIT INIGAT MCA STABIL.

KITA KATAKAN KEPADANYA BAHAWA TUNGGULAH HATI PERHITUNGAN DALAM PILIHANRAYA UMUM NANTI. ORANG-ORANG MELAYU TIDAK AKAN MENGUNDI CALON MCA.

KITA SEMUA SEDAR KEMENANGAN MCA SELAMA INI ATAS EHSAN UNDI MELAYU.

TIDAK.....TIDAK...TIDAK KALI INI.

==============================================================================================================================

PERUBAHAN KECIL DALAM BARISAN MCA NEGERI

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Tiada perubahan besar dalam barisan pimpinan MCA negeri yang akan diumumkan pada mesyuarat jawatankuasa pusat parti esok.

"Saya mempunyai sebuah pasukan yang baik dan kemungkinan besar pasukan yang sama akan memimpin parti," kata presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik hari ini.

Beliau juga akan mengumumkan nama ketua-ketua pelbagai biro pada mesyuarat itu, yang pertama diadakan selepas pemilihan parti pada 17 Julai.

Dr Ling mengekalkan jawatan tanpa dicabar bersama timbalan presiden parti Datuk Lim Ah Lek.

Anggota-anggota CC dan anggota majlis presiden yang dilantik akan dinamakan kemudian, katanya pada satu persidangan berita di sini.

Buat masa ini beberapa negeri diketuai oleh pemimpin utama parti seperti Dr Ling (Johor dan Perak), Datuk Lim Ah Lek (Pahang) dan naib presiden Datuk Chua Jui Meng (Kedah).

Mengenai pengumuman anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Maharani, Johor, Tay Khim Seng semalam bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Dr Ling berkata parti itu menghargai anggota yang berdedikasi seperti itu yang sedia mengundur diri bagi memberi peluang kepada anggota lain.

"Ia adalah contoh disiplin dan semangat parti yang baik. Saya amat gembira kita mempunyai anggota seperti Tay yang telah berkhidmat dengan baik kepada parti selain tidak menyatakan syarat siapa harus menggantikannya," kata Dr Ling.

Tay yang juga anggota CC pergerakan pemuda MCA berkata beliau tidak akan bertanding semula kerana mahu menumpukan perhatian kepada syarikat guaman serta keluarganya.

--BERNAMA


Last changed: August 05, 1999