[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SEKARANG PEMBANGKANG, SELEPAS PILIHANRAYA...

Date: 05 Aug 1999
Time: 20:22:43
Remote User: -

Comments

ULASAN

KITA TAK KISAH APA PANDANGAN DR KOH.

KITA TAHU BAHAWA SELEPAS PILIHANRAYA UMUM NANTI, BARISAN NAJIS AKAN MENJADI PEMBANGKANG PULA.

PADA WAKTU ITU, MEREKA MAHU JADI AHLI MAPEN II LAGI?

MAPEN II BANYAK ANGGOTA INDIVIDU YANG MENJADI KRONI SI KEPALA TAIK. MEREKALAH YANG SEBENARNYA MENDAPAT UNTUNG.

PARTI-PARTI ALTERNATIF TIDAK MAHU DIIPERGUNAKAN LAGI.

============================================================================================================================== KOH SELAR PEMBANGKANG KERANA TIDAK ANGGOTAI MAPEN 11

PULAU PINANG, 5 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar kalangan pemimpin parti pembangkang kerana menolak pelawaan kerajaan untuk menganggotai Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (Mapen II) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad semalam.

Katanya, tindakan parti-parti pembangkang itu jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat menjalankan tanggungjawab atau memberi pandangan untuk membangunkan negara.

"Tindakan enggan menyertai Mapen II itu jelas membuktikan sikap negatif parti pembangkang dan menunjukkan mereka tidak menghormati budaya musyawarah yang diamalkan oleh rakyat negara ini", kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan produk baru `eNiaga' PNS Sdn Bhd di sini.

Koh berkata, beliau sendiri telah menganggotai Mapen I dan majlis itu sebenarnya berlangsung secara demokrasi dan jujur, dan semua anggotanya bebas menyuarakan pendapat masing-masing.

Kalangan parti pembangkang kecuali Parti Bersatu Sabah (PBS) dilaporkan menolak pelawaan kerajaan untuk menganggotai majlis perundingan itu yang bertujuan merancang masa depan ekonomi negara.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999