[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SAMADA RAKYAT ATAU SI KEPALA TAIK YANG BODOH.

Date: 05 Aug 1999
Time: 20:28:05
Remote User: -

Comments

ULASAN

NAMPAKNYA SI KEPALA TAIK BERCAKAP SEHINGGA RAKYAT MIRI SENDIRI TIDAK FAHAM. MAKLUM SAHAJALAH ASYIK CAKAP PERKARA-PERKARA YANG TEKNIKAL YANG ORANG TIDAK MUDAH FAHAM.

HARAP-HARAP RAKYAT SARAWAK FIKIR SEHABIS-HABISNYA. BERAPA LAMA NAK BENARKAN SI TAIB MAHMUD PEGANG KERAJAAN. DIA JADI KAYA RAYA KERANA MEROMPAK HAK RAKYAT.

KRONI-KRONINYA DI SARAWAK MAKIN LAMA SEMAKIN KAYA.

ORANG-ORANG SEKITAR BAKUN JANGAN LUPA.

TETAPKAN PENDIRIAN MENOLAK KERAJAAN BARISAN NAJIS DI SARAWAK. JIKA TIDAK RAKYAT AKAN TERUS DIANGGAP BODOH.

============================================================================================================================== KERAJAAN HARGAI SOKONGAN RAKYAT, KATA MAHATHIR

MIRI, 5 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan amat menghargai sokongan rakyat selama ini, dan kerana itu ia bersungguh-sungguh memastikan kesejahteraan mereka terus terjamin walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi sebelum ini.

Perdana Menteri berkata apabila krisis kewangan melanda negara, kerajaan segera menubuhkan Majis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk mengawasi agar krisis itu tidak merumitkan kehidupan rakyat.

"Anggota-anggota MTEN bermesyuarat setiap hari bagi meneliti keadaan ekonomi terutama yang melibatkan rakyat.

Kalau ada sesuatu yang tidak baik, kerajaan segera bertindak mengatasinya," katanya semasa merasmikan Bandar Baru Permyjaya dekat sini hari ini.

Dr Mahathir berkata tindakan pertama kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu ialah menetapkan nilai ringgit berbanding dolar Amerika agar ia tidak dikuasai penyangak matawang.

Seterusnya, katanya, kerajaan melancarkan kempen pemilikan rumah yang terbukti berhasil memesatkan semula industri perumahan negara dan industri berkaitan dengannya.

Begitu juga dengan perniagaan runcit, apabila barangan runcit didapati kurang laris, kerajaan telah menurunkan kadar cukai agar barangan dapat dijual pada harga murah.

Katanya, langkah membayar pemberian khas RM600 seorang secara ansuran RM100 sebulan kepada kakitangan kerajaan juga bertujuan menggerakkan perkembangan sektor berkenaan.

Dr Mahathir berkata kerajaan merancang membina sebanyak mungkin rumah di seluruh negara dengan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Usaha ini diperkuatkan apabila kita menghadapi kegawatan ekonomi.

Walaupun kegawatan ekonomi melambatkan projek perumahan tetapi kerajaan tetap bertekad memajukannya agar industri berkaitan seperti simen, besi dan batu-bata tidak turut rugi," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat hendaklah menentukan mereka tidak mudah dipengaruhi oleh pihak lain yang ingin menjadi kerajaan tetapi tidak ada perancangan untuk rakyat.

Beliau memberi contoh rakyat di Sabah yang pernah memilih pembangkang menjadi kerajaan hingga mengakibatkan negeri itu ketinggalan dengan serba kekurangan kemudahan.

Dr Mahathir kemudian mengucapkan terima kasih kepada penduduk Miri kerana menyokong BN selama ini.

Hampir 10,000 hadirin yang membanjiri Dewan Dato' Permaisuri melaungkan "Hidup Mahathir" sebanyak tiga kali dan dibalas oleh Perdana Menteri secara berjenaka: "Terima kasih. Sama-samalah kita hidup".

Beliau kemudian berkata "Hidup rakyat Sarawak" dan "Hidup Rakyat Miri" dan disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Dr Mahathir turut memuji semangat yang ditunjukkan di kalangan pemaju di negara ini yang berjiwa besar membangunkan kemudahan untuk rakyat.

Sambil memberi contoh pembinaan bandar Permyjaya, beliau berkata: "Kalau di negara lain mereka hanya membina satu rumah atau satu deret kedai. Tetapi di Malaysia, kita dirikan sebuah bandar".

Permyjaya, sebuah projek perumahan seluas 120 hektar di Tudan kira-kira 10 km dari sini, kini mempunyai 2,950 unit rumah kos rendah dan sederhana berbentuk sesebuah dan berkembar.

Kira-kira 3,000 unit lagi dijangka siap menjelang hujung tahun depan manakala 17,000 lagi sedang dirancang hingga tahun 2020 dengan jangkaan penduduk seramai 60,000 orang.

Sebelum itu, Dr Mahathir merasmikan Jambatan Tudan sepanjang 150 meter merintangi Sungai Miri yang menghubung bandar baru itu dengan Miri.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pemimpin parti komponen Barisan Nasional Sarawak, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta pemimpin sektor korporat di negeri ini.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999