[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

JIKA BENAR, KITA KELUARKAN SEMUA DUIT KITA.

Date: 05 Aug 1999
Time: 20:31:51
Remote User: -

Comments

ULASAN

JIKA BENAR KATA-KATA INI MAKA IANYA HANYA AKAN TERBUKTI SEKIRANYA SEMUA AHLI KELUARKAN DUIT.

RAKYAT MASIH TIDAK PUAS HATI DENGAN APA YANG DIBERIKAN OLEH KWSP KERANA DI SINGAPURA, CPFNYA LEBIH HEBAT. RAKYAT BOLEH MERASA DAN MENGGUNAKANNYA UNTUK PELBAGAI TUJUAN.

YANG RAKYAT INGIN TAHU DUIT BERBILION INI DILABURKAN DI MANA?

============================================================================================================================== DANA KWSP MENCUKUPI, KATA SALLEHUDDIN

KOTA BAHARU, 5 Ogos (Bernama) -- Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu bimbang dengan caruman masing-masing kerana dana kumpulan itu mencukupi bagi mereka membuat pengeluaran.

Pengerusi Eksekutif kumpulan itu Tan Sri Sallehuddin Mohamed berkata KWSP mempunyai dana terkumpul berjumlah RM150 bilion dan mencukupi untuk melayan kesemua permohonan lapan juta pencarumnya sama ada bagi membuat pinjaman perumahan, sakit serta pengeluaran oleh pencarum yang berumur 55 tahun.

"Setakat ini semua permohonan pencarum tidak ada masalah dan sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa duit di KWSP hilang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sallehuddin berkata KWSP menerima RM100 bilion setiap bulan daripada para pencarum melalui majikan masing-masing.

KWSP kini mempunyai lima juta pencarum aktif dan tiga juta lagi tidak aktif kerana telah menamatkan perkhidmatan, katanya.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999