[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SI MAMAT YANG BANGANG

Date: 05 Aug 1999
Time: 20:44:43
Remote User: -

Comments

ULASAN

MENGAPA SEBUAH PARTI POLITIK YANG MEMBERIKAN BANTUAN SEDANGKAN KERAJAAN MASIH ADA?.

MENGAPA PULA SETIAP BANTUAN YANG DIBERI ADA LAMBANG DACING?

APAKAH PARTI BARISAN NAJIS MENGGUNAKAN WANGNYA UNTUK BANTU RAKYAT?

INI MENUNJUKKAN BETAPA SONGSANG DAN BANGANGNYA PANDANGAN SI MAMAT.

============================================================================================================================== JANGAN POLITIKKAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT

TUMPAT, 5 Ogos (Bernama) -- Bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada rakyat melalui jabatan kerajaan atau parti politik tidak harus dipolitikkan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata apa yang penting ialah rakyat dapat menikmati bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap nasib mereka.

"Bantuan kepada rakyat bukan bermakna memaksa mereka menyokong Umno dan mengundi BN (Barisan Nasional) tetapi untuk kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan jentera pilihan raya BN Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur di sini, hari ini.

Mustapa berkata dakwaan parti pembangkang bahawa bantuan kerajaan kepada rakyat hanya untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang, adalah tidak benar.

Sehubungan itu, beliau meminta Pas menghentikan mempolitikkan isu bantuan yang dihulurkan kerajaan pusat kepada sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini.

Mustapa berkata, bantuan perkapita tahunan yang diberikan kerajaan pusat kepada sekolah agama rakyat bertujuan untuk membangunkan sekolah berkenaan dengan pelbagai prasarana dan meningkatkan mutu pendidikan pelajar serta kebajikan guru. -- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999