[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

WAWASAN 2020 HANYA KHAYALAN

Date: 05 Aug 1999
Time: 20:55:34
Remote User: -

Comments

ULASAN

PADA RAKYAT, APALAH YANG HENDAK DIHEBOH-HEBOHKAN TENTANG WAWASAN 2020.

YANG UNTUNG KRONI-KRONI SI KEPALA TAIK.

MEREKA MAHU TERUS MENGAUT HARTA RAKYAT, MILIK RAKYAT DAN HAK RAKYAT.

SELEPAS WAWASAN 2020 NAK BUAT APA?

PADA RAKYAT KITA TELAH TAHU APAKAH YANG SEBENARNYA SI KEPALA TAIK MAHU. DIA MAHU DIKENANG. DIMAHU DIINGATI MACAM SI FIRAUN. DIA LETAK KAPSUL MASA DI DUA TEMPAT. INI SEMUANYA NAK MENUNJUK-NUNJUK.

DIA TIDAK IKHLAS.

DIA MENODAI KEPERCAYAAN RAKYAT SELAMA INI.

KALAU INILAH MAKSUDNYA WAWASAN 2020 HANYA TINGGAL KHAYALAN.

RAKYAT AKAN HUKUM KERAJAAN BARISAN NAJIS INI.

============================================================================================================================== RAKYAT PERLU TERUS SOKONG BN UNTUK JAYAKAN WAWASAN 2020

MIRI, 5 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu terus menyokong Barisan Nasional (BN) bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020.

Perdana Menteri berkata sepanjang tempoh itu negara memerlukan iklim politik yang tenang, tidak ada sengketa kaum dan ini hanya boleh dicapai jika BN terus menjadi kerajaan di negara ini.

"Kita memerlukan pemerintahan BN bagi membolehkan kerajaan menumpukan perhatian membangunkan negara dalam tempoh itu," katanya di hadapan lebih 20,000 yang hadir pada majlis perjumpaan bersama rakyat di City Fan Miri, sebuah dataran di sini, malam ini.

Katanya, parti-parti lain (pembangkang) akan hanya merosakkan apa yang telah dibangunkan oleh BN kerana mereka tidak mempunyai kecekapan untuk mentadbir.

Sebaliknya, sokongan kepada BN adalah sama juga seperti memberi sokongan kepada diri sendiri kerana BN bekerja untuk kepentingan rakyat tanpa mengira kaum di negara ini, kata beliau.

Dr Mahathir berkata BN adalah satu-satunya parti politik yang telah berjaya mewujudkan keharmonian kaum di negara ini sejak Merdeka.

"Inilah falsafah BN. Parti-parti lain tidak memberi keutamaan kepada hubungan kaum," katanya.

Beliau memberi contoh DAP yang hanya mengutamakan meritokrasi yang memberi keistimewaan hanya kepada golongan yang pandai manakala PAS hanya bercakap tentang negara Islam tanpa mengambil kira mere ka yang bukan Islam.

Falsafah kerjasama kaum BN telah dapat menghindarkan perasaan takut sesama kaum dan keadaan ini telah menjamin tidak berlaku rusuhan kaum di negara ini, tegas Dr Mahathir.

Katanya, semasa kegawatan ekonomi, banyak negara mengalami tekanan sehingga meletusnya rusuhan kaum dan pembunuhan serta kejadian samun.

Perdana Menteri berkata Malaysia menpunyai 20 tahun untuk menjadi negara maju dan untuk mencapainya, kestabilan politil dan ekonomi perlu diperkukuhkan.

"Kita sedang maju, kita nak semua rakyat hidup maju sama seperti bangsa maju yang lain," katanya.

Dr Mahathir yang dalam lawatan dua hari ke negeri ini berkata rakyat Sarawak boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan ini boleh dilakukan melalui hubungan erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

"Percayalah dengan kita bekerjasama dalam BN, Miri dan Sarawak akan terus maju bersama negeri-negeri lain di Malaysia," katanya.

Beliau terus kagum dengan kemajuan yang dicapai rakyat Sarawak yang kini menikmati pelbagai kemudahan moden.

-- BERNAMA


Last changed: August 05, 1999