[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

ALLAH SWT PECAHKAN BARISAN NAJIS.

Date: 05 Aug 1999
Time: 21:04:14
Remote User: -

Comments

Zaharah akan jelaskan batal rombakan Exco Wanita

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Siti Zaharah Sulaiman akan mengadakan sidang akhbar khas dalam sehari dua ini untuk menjelaskan mengenai pembatalan rombakan barisan Exconya yang telah diumumkan Isnin lalu.

Setiausaha Akhbarnya, Rosli Dahamin berkata, buat masa ini Siti Zaharah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri masih belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan mengenainya.

''Beliau ingin berehat dan akan memanggil sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya setelah benar-benar bersedia berbuat demikian,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat hari ini Siti Zaharah berehat di kediamannya dan tidak mahu diganggu kerana keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi menegaskan, pembatalan rombakan itu dibuat oleh Siti Zaharah sendiri.

Pembatalan dibuat setelah dinasihati oleh Perdana Menteri yang mengadakan perjumpaan dengan Siti Zaharah baru-baru ini dan turut dihadiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob.

''Ketua Wanita bersetuju menarik balik susunan baru itu atas semangat untuk merapatkan barisan dan persiapan menghadapi pilihan raya,'' kata Dr. Mahathir selepas mesyuarat itu sambil menegaskan, dengan keputusan berkenaan, barisan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO adalah kekal.

Bagaimanapun, Siti Zaharah tidak hadir pada mesyuarat MT UMNO semalam yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir itu kerana sakit.

Isnin lalu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu telah merombak barisan Exconya termasuk menggugurkan dua Ketua Wanita negeri di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan bertujuan memperkukuhkan lagi jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dalam rombakan itu, Senator Che Jam Harun dilantik sebagai Ketua Wanita Pulau Pinang menggantikan Sharifah Aminah Syed Mohamad, manakala, Mariany Mohamed Yit mengetuai Wanita UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Azizah Abdul Samad.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Rokiah Bee Hassan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, manakala, Sabah mendapat Naib Ketua Wanita baru iaitu Surinam Sadikun menggantikan Datuk Dayang Mahani Tun Pengiran Ahmad Raffae.

Oleh: SAMSOR JUNET


Last changed: August 05, 1999