[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KENYATAAN MEDIA (5 OGOS 1999)

Date: 05 Aug 1999
Time: 21:20:56
Remote User: -

Comments

KENYATAAN MEDIA (5 OGOS 1999) DEBAT : KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU BERWIBAWA UNTUK LAWAN HISHAMUDDIN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesediaan Ketua Penerangan Umno Bahagian Johor Bahru, Hasan Mat Zin untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar tentang isu-isu semasa. Kesedian beliau ini menggambarkan bahawa Hasan jauh lebih berwibawa berbanding dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Hishamuddin Hussien yang pondan dalam memimpin parti tersebut.

DPP Pusat berpandangan kesediaan Ketua Penerangan Umno Bahagian Johor Bahru ini adalah berpunca daripada rasa malu yang terpacul akibat tindakan pondan pemimpin mereka. Mungkin kerana Hishamuddin yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda Johor, maka tindakan beliau ternyata telah memalukan Umno Johor. Sejarah menunjukkan bahawa Umno Johor telah melahirkan ramai tokoh seperti Dato Onn, Tun Hussien dan Tan Sri Noah daripada keluarga Hishamuddin, Tun Dr Ismail, Tan Sri Jaafar Albar, Tan Sri Musa Hitam dan sebagainya adalah antara tokoh-tokoh yang begitu cemerlang daripada Johor, tetapi kemunculan Hishamuddin ternyata menutup segala kegemilangan lalu, sebaliknya menconteng arang di muka Umno Johor. Mungkin atas kesedaran itulah, Hasan bangkit untuk berdebat dengan Pemuda PAS.

DPP Pusat juga melihat bahawa beliau lebih layak untuk memimpin Pemuda Umno Malaysia menggantikan Hishamuddin yang ternyata tidak berupaya lagi tampil sebagai pemimpin berkaliber. Pemuda Umno mungkin lebih berwibawa jika memiliki pemimpin seperti Hasan Mat Zin. Kerana itu, DPP Pusat mencadangkan supaya beliau bertanding menentang Hishamuddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada tahun hadapan. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab seperti Hishamuddin mesti diturunkan dan diganti oleh pemimpin yang lebih berkaliber.

Ketua Pemuda PAS Pusat bersedia untuk berdebat dengan Ketua Penerangan Umno Johor Bahru sekiranya beliau berjaya menurunkan Hishamuddin daripada jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Beliau layak berdebat sekiranya berjawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Jika tidak, Pemuda PAS mungkin hanya akan menghantar Ketua Pemuda PAS Cawangan sahaja untuk berhadapan dengan beliau. Ketua Pemuda PAS berhasrat untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, oleh itu beliau perlu merebut jawatan tersebut sebagai kelayakan untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS juga masih bersedia untuk berdebat dengan Hishamuddin walaupun di PWTC tanpa sorakan penyokong PAS. Pemuda Umno boleh menetapkan sebarang tajuk untuk menjadi isu perdebatan tersebut.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB Setiausaha Politik Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


Last changed: August 05, 1999