[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KUASA ALLAH TURUN APABILA HABIS USAHA MANUSIA.

Date: 05 Aug 1999
Time: 21:31:57
Remote User: -

Comments

Maklumat Terus Dari Sg. Buloh 5 Ogos, 1999 - Minda Rakyat menerima maklumat terus dari Sg. Buloh yang memberikan maklumat penting untuk pengetahuan kita semua tentang DSAI. Menurut maklumat, DSAI kini berada dalam sel berukuran antara 7 kaki panjang dan 7 kaki lebar. Walau pun beliau tabah menghadapi tekanan ini, sebagai satu kekejaman regim Mahathir nampaknya seolah-olah mahu supaya riwayat beliau tamat dalam penjara.

Dalam sel DSAI dikatakan sebuah kamera dipasang untuk memerhati gerak gerinya. Kamera ini dipercayai disambungkan terus dari Bukit Aman. Mahathir sebenarnya mahu membelenggu DSAI.

Sungguh memilukan apabila Minda Rakyat diberitahu di sebelah kanan sel DSAI, ditempatkan banduan yang HIV positif. Mereka akan setiap hari dibasuh dengan kimia dan air panas untuk mencegah kuman merebak. Mungkin ini hanya satu alasan supaya DSAI terkena HIV yang dibawa oleh nyamuk yang mengigit banduan-banduan terbabit sebelum menggigit DSAI.

Dalam penjara, DSAI sentiasa mentelaah kitab-kitab dan buku-buku serta ayat suci Al-Quran. Beliau akan melakukan puasa sunat pada hari tertentu dan rajin melakukan sembahyang. Di sebelah malam, DSAI akan mengerjakan banyak sembahyang sunat dan beliau tidak berhenti membaca kitab dan tidak tidur sebagaimana sepatutnya. Beliau akan membaca dan terus membaca hingga lena dengan sendirinya.

Di sebelah kiri sel DSAI pula ditempatkan bilik mayat. Banduan yang mati akan disimpan secara sementara di sini. Walau pun demikian, DSAI nampak cukup tabah. Namun kemampuan manusia itu ada had dan batasannya. Sampai bilakah kekejaman ini akan dialami oleh DSAI? Hanya Allah mahu berkuasa. Sesungguhnya orang yang dizalimi terutama keluarga DSAI sendiri, doa mereka akan dimakbulkan Allah.

Minda Rakyat mengambil kesempatan ini untuk mencabar kerajaan supaya membenarkan DSAI bercakap di media walau seketika tentang dirinya, jika sekiranya menganggap maklumat ini hanya ciptaan. Pemberi maklumat ini perlu dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan beliau. Minda Rakyat hanya ingin memberikan pengesahan bahawa ianya datang terus dari sel DSAI!~MR


Last changed: August 05, 1999