[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

TERUKNYA KENYANYUKAN SI KEPALA TAIK

Date: 06 Aug 1999
Time: 05:37:07
Remote User: -

Comments

ULASAN

KITA MELIHAT CAKAP-CAKAP SI KEPALA TAIK SEPERTI ORANG NYANYUK ATAU KURANG SIUMAN.

KALAU INILAH DICAKAPNYA DEPAN MURID SEKOLAH MAKA JELASLAH BAHAWA DIA TELAH HILANG PERTIMBANGAN DAN TIDAK LAYAK JADI PM LAGI.

DENGAR APA YANG DICAKAP...

"Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di seluruh negara mempunyai anggota kesemuanya berjumlah lima juta orang. Kalau kita berdemonstrasi tiap-tiap hari, negara kita akan hancur," kata Perdana Menteri pada majlis perasmian Sekolah Menengah Teknik Betong yang berharga RM16 juta di sini.

SIHATKAH DIA?

"Sistem demokrasi ini adalah amat baik tetapi kalau kita terlalu demokratik dan kalau kita anggap demokrasi ialah memberi hak kepada kita bertindak secara tidak bertanggungjawab, kita tidak akan dapat faedah daripada demokrasi," katanya.

DIA FIKIR HANYA DEMOKRASI ALA DIA SAJA YANG BETUL. INI DEMOKRASI-DIKTATOR NAMANYA.

"Kalau kita keluarkan otak mereka hingga kosong pun, mereka masih boleh membakar tong-tong sampah dan mengke mekkan kereta, tak payah pergi belajar ke sekolah apalagi hingga ke universiti. Apa gunanya otak kalau kita tidak gunakan otak kita," katanya.

AGAKNYA DIA INGAT RAKYAT SARAWAK BODOH DNA BEBAL UNTUK PERCAYA APA YANG DIA CAKAP.

"Oleh sebab itulah kita sentiasa mencari jalan membangunkan negara supaya setiap pelajar yang mendapat kelulusan yang tinggi beroleh pekerjaan dan pendapatan yang setimpal dengan kelulusan mereka," katanya.

INI TUGAS KERAJAAN, PAKATAN ALTERNATIF AKAN BUAT LEBIH BAIK DARIPADANYA.

"Sebaliknya mereka yang mendapat kelulusan tinggi di negara ini tetap mendapat kerja yang setimpal di sini sebaliknya yang tidak dapat kerja kerana mereka memilih untuk bekerja dalam bidang kelulusan mereka sahaja atau tidak mahu keluar bekerja di tempat lain di mana peluang lebih banyak," katanya.

DIA KUTUK PELAJAR LAGI. INI SEMUA SALAHNYA. DIA MAHU ORANG SEMUA MELUTUT KEPADANYA SEOLAH-OLAH DIALAH TUHAN YANG BERI REZEKI.

"Yang membazirkan wang rakyat ialah mereka yang dapat peluang belajar, tetapi tidak belajar, sebaliknya asyik dengan demonstrasi yang tidak mendatangkan manfaat kepada pelajaran mereka malah mengganggu pencapaian mereka," kata Perdana Menteri

BODOH PUNYA PENDAPAT. TAK SEMESTINYA YANG BERDEMO ITU TIDAK LULUS. DAN TIDAK SEMESTINYA YANG TIDAK BERDEMO AKAN LULUS. MEMANG SI KEPALA TAIK TELAH JADI BINGUNG.

SAHLAH SI KEPALA TELAH TERUK NYANYUKNYA.

============================================================================================================================== JANGAN BAZIR AKAL FIKIRAN, MASA UNTUK DEMONSTRASI, KATA PERDANA MENTERI

BETONG (SARAWAK), 6 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata rakyat tidak perlu membazirkan akal fikiran dan masa untuk berdemonstrasi semata-mata bagi menegakkan demokrasi yang mereka dakwa sebagai hak rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Sebaliknya rakyat harus menggunakan kesempatan dengan keadaan yang aman damai sekarang untuk bekerjasama membangunkan negara bagi menambah peluang pekerjaan kepada rakyat dan anak-anak yang masih belajar, katanya.

"Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di seluruh negara mempunyai anggota kesemuanya berjumlah lima juta orang. Kalau kita berdemonstrasi tiap-tiap hari, negara kita akan hancur," kata Perdana Menteri pada majlis perasmian Sekolah Menengah Teknik Betong yang berharga RM16 juta di sini.

Beliau berkata BN sentiasa berusaha memikirkan cara untuk membangunkan negara serta menambah kesejahteraan terhadap kehidupan rakyat, tetapi parti-parti pembangkang pula sentiasa mahu mengadakan demonstrasi.

"Sistem demokrasi ini adalah amat baik tetapi kalau kita terlalu demokratik dan kalau kita anggap demokrasi ialah memberi hak kepada kita bertindak secara tidak bertanggungjawab, kita tidak akan dapat faedah daripada demokrasi," katanya.

Dr Mahathir berkata kalau rakyat terutamanya pelajar mahu berdemonstrasi seperti yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang, mereka tidak perlu ke sekolah sebaliknya hanya perlu belajar membangkar sampah dan merosakkan kereta.

"Kalau kita keluarkan otak mereka hingga kosong pun, mereka masih boleh membakar tong-tong sampah dan mengke mekkan kereta, tak payah pergi belajar ke sekolah apalagi hingga ke universiti. Apa gunanya otak kalau kita tidak gunakan otak kita," katanya.

Perdana Menteri mengingatkan para pelajar akan pentingnya pelajaran kerana ia boleh meningkatkan pendapatan dan kedudukan seseorang tetapi kemajuan pelajar harus diseimbangkan dengan keadaan pembangunan negara.

"Oleh sebab itulah kita sentiasa mencari jalan membangunkan negara supaya setiap pelajar yang mendapat kelulusan yang tinggi beroleh pekerjaan dan pendapatan yang setimpal dengan kelulusan mereka," katanya.

Katanya beliau tidak mahu keadaan di negara ini sama dengan negara-negara lain yang mempunyai ramai rakyat berkelayakan tinggi tetapi hanya bekerja sebagai konduktor bas dan pelayan.

"Sebaliknya mereka yang mendapat kelulusan tinggi di negara ini tetap mendapat kerja yang setimpal di sini sebaliknya yang tidak dapat kerja kerana mereka memilih untuk bekerja dalam bidang kelulusan mereka sahaja atau tidak mahu keluar bekerja di tempat lain di mana peluang lebih banyak," katanya.

Mengenai peluang belajar, Dr Mahathir berkata pelajar universiti banyak berhutang kepada rakyat yang membenarkan wang mereka digunakan untuk membina infrastruktur pendidikan dan membiayai pelajaran pelajar ke menara gading.

Katanya yuran yang dibayar oleh pelajar universiti hanya merupakan 10 peratus daripada gaji para pensyarah dan segala kemudahan yang disediakan di universiti untuk membolehkan mereka belajar dengan selesa.

Sebahagian besar pelajar mendapat biasiswa daripada badan-badan dan agensi kerajaan dan ini seolah-olah menjadikan pelajaran mereka adalah percuma dan mereka harus membalas hutang kepada rakyat ini dengan belajar bukan berdemonstrasi yang merupakan perbuatan membazir.

"Yang membazirkan wang rakyat ialah mereka yang dapat peluang belajar, tetapi tidak belajar, sebaliknya asyik dengan demonstrasi yang tidak mendatangkan manfaat kepada pelajaran mereka malah mengganggu pencapaian mereka," kata Perdana Menteri

Sementara itu Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM840 juta bagi pembangunan pendidikan di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).

Dalam kajian separuh penggal RMK7, jumlah ini telah ditambah sebanyak RM251 juta menjadikannya melebihi RM1 bilion.

Beliau berkata Sekolah Menegah Teknik Betong akan diperbesarkan lagi sehingga boleh menampung seramai 800 pelajar dan menjadikan ia sekolah teknikal unggul bagi Bahagian Sri Aman.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Law Hieng Ding. -- BERNAMA


Last changed: August 06, 1999