[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Memastikan Pilihan Raya Adil

Date: 06 Aug 1999
Time: 05:41:43
Remote User: -

Comments

Memastikan Pilihan Raya Adil Pemantauan atau pendidikan yang diperlukan?

Dr Mahathir Mohamad telah meramalkan bahawa pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi akan merupakan pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara ini. Banya yang bersetuju dengan pandangannya itu. Hanya yang sukar diterima oleh kebanyakan orang ialah andaiannya bahawa sifat "kotor" pilihan raya itu akan disebabkan oleh pihak pembangkang.

Setiap orang yang telah memerhatikan pilihan raya negara ini sejak beberapa tahun yang lalu sebenarnya sudah lama menyedari tentang wujudnya taktik-taktik kotoratau sekurang-kurangnya tidak adil-yang telah digunakan dengan berleluasa. Namun hampir semua taktik yang tidak adil itu sebenarnya telah digunakan oleh pihak pemerintah; pihak pembangkang terlalu tidak berkuasa dan terlalu kecil sumber kewangannya untuk melaksanakan sebarang taktik kotor yang demikian.

Penggunaan sumber-sumber negara seolah-olah sumber itu merupakan milik parti politik yang memerintah sebenarnya sudah berleluasa, dan hampir dianggap lumrah oleh semua orang, di negara ini. Orang tidak akan berkata apa-apa jika sekiranya para menteri menggunakan kemudahan-kemudahan resmi kementeriannya-termasuklah para pegawainya-untuk kegiatan politik kepartiannya. Selain itu segala kemudahan media milik kerajaan dan milik swasta (yang dikuasai oleh parti yang memerintah) sudah secara lumrah dianggap sebagai milik parti yang memerintah-atau, lebih buruk lagi, dianggap sebagai milik peribadi para pemimpin parti yang memerintah.


Last changed: August 06, 1999