[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

RAKYAT SUDAH TOLAK PEMUDA UMNO

Date: 06 Aug 1999
Time: 05:50:23
Remote User: -

Comments

ULASAN

CADANGAN INI TIDAK BERKESAN KERANA RAKYAT TELAH MENOLAK PEMUDA UMNO.

RAKYAT SUDAH TIDAK SEDIA MENDENGAR SUARA PEMUDA UMNO YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG YANG BACUL.

ALASAN BELIAU UNTUK TIDAK BERDEBAT DENGAN MAHFUZ ADALAH TIDAK BERASAS KERANA MAHFUZ BERSEDIA BERDEBAT DENGANNYA DALAM MANA-MANA STESYEN MEDIA.

DIA SANGAT TAKUT SEHINGGAKAN CABARAN MAHFUZ UNTUK BERDEBAT DEPAN AHLI UMNO DII DEWAN MERDEKA, PWTC JUGA DIA TIDAK SANGGUP.

============================================================================================================================== Ahli Pemuda Umno diminta dekati masyarakat

KUALA LUMPUR, Khamis - Ahli Pergerakan Pemuda Umno hari ini diminta mendekati masyarakat setempat dan memperkemaskan jentera pentadbiran parti untuk menghadapi pilihan raya umum.

Pemangku Ketuanya, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, berkata ahli pergerakan itu juga perlu bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat, khususnya golongan istimewa.

Beliau berkata, bantuan seumpama itu perlu diadakan secara berterusan bagi membolehkan setiap masalah yang dihadapi masyarakat setempat, termasuk golongan istimewa dapat diatasi segera.

"Yayasan Gerak Bakti sendiri sudah mengambil sebuah pusat kanak-kanak di Melaka, sebagai anak angkat bagi membantu masyarakat miskin terutama mereka yang tinggal di luar bandar," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian biasiswa Peringatan Tun Hussein Onn yang diberikan oleh Yayasan Kuok kepada dua pelajar di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.

Turut hadir ibu Hishammuddin, Tun Suhaila Mohammad Noah; Dekan Fakulti Undang-undang, Prof Datuk Mimi Kamariah Majid dan Eksekutif Amanah Yayasan Kuok, Datuk Oh Bak Kim.

Biasiswa yang julung kali itu diberikan kepada Mogana Sunthari Subramaniam dan Nahzatul Ain Mohd Khalid untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana, adalah berdasarkan pencapaian akademik dan pembabitan mereka dalam persatuan dan sukan.

Nahzatul Ain bekas pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) yang memperolehi ijazah sarjana muda undang-undang aktif dalam pasukan Pelapes dan pernah mewakili negeri dalam pertandingan hoki.

Hishammuddin yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Utama berkata, sektor swasta dan badan sosial perlu mencontohi Yayasan Kuok memberi biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

"Bantuan ini dapat mendorong pelajar di peringkat sarjana muda untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi peluang mendapat biasiswa di peringkat sarjana," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar, adalah bacul kerana tidak berani berdebat dengannya di televisyen walaupun wakil Cable News Broadcasting Corporation (CNBC) sedia menyiarkan perdebatan berkenaan secara langsung.

"Saya tidak akan melayan sebarang cabaran Mahfuz lagi kerana beliau sebenarnya hanya layak untuk berdebat dengan pemimpin Pemuda di peringkat bahagian," katanya.


Last changed: August 06, 1999