[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SAMBUT BAIK? KEPALA OTAK DIA!!!

Date: 06 Aug 1999
Time: 05:52:56
Remote User: -

Comments

ULASAN

SIAPA YANG SAMBUT BAIK PERKEMBANGAN INI ADALAH BACUL KERANA ZAHARAH SUDAH SANGAT KECEWA DENGAN TINDAKAN SI KEPALA TAIK.

KITA SARANKAN SI PONDAN JADI KETUA WANITA UMNO.

SUDAHLAH KITA SEMUA TAHU BAHAWA WANITA UMNO DAN UMNO DALAM BAHAYA.

SAYONARA.

============================================================================================================================== Pembatalan rombakan Exco Wanita disambut baik

KUALA LUMPUR, Khamis - Pemimpin Umno hari ini menyambut baik keputusan Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, menarik balik keputusan merombak Exconya.

Mereka juga menyifatkan tindakan itu langkah bijak bagi mengukuhkan pergerakan wanita itu, yang menjadi tulang belakang Umno bagi menghadapi pilihan raya.

Pemangku Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, berkata walaupun Ketua Wanita mempunyai hak untuk melantik barisan Exconya, namun kesediaan beliau mendengar pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, harus dihormati.

"Keputusan ini penting kerana pergerakan wanita adalah komponen penting bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Siti Zaharah bersetuju menarik balik keputusan rombakan Exco pergerakan itu untuk merapatkan barisan bagi menghadapi pilihan raya selepas mendapat nasihat Dr Mahathir.

Perdana Menteri berkata, Siti Zaharah mengesahkan persetujuannya itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun beliau tidak hadir mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kerana sakit.

Isnin lalu, Siti Zaharah mengumumkan rombakan itu, termasuk pelantikan ketua Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan dalam usaha memperkukuhkan lagi jentera pergerakan itu menghadapi pilihan raya umum.

Dalam rombakan itu, Senator Che Jam Harun dilantik sebagai Ketua Wanita Pulau Pinang menggantikan Sharifah Aminah Syed Mohamed, manakala Mariany Mohamed Yit mengetuai Wanita Umno Wilayah Persekutuan menggantikan Azizah Abdul Samad.

Siti Zaharah juga mengumumkan pelantikan Rokiah Bee Hassan sebagai Naib Ketua Wanita Umno Pulau Pinang dan pelantikan Surinam Sadikun sebagai Naib Ketua Wanita Umno Sabah menggantikan Datuk Dayang Mahani Tun Pengiran Ahmad Rafaie.

Di PORT DICKSON, Wanita Umno Negeri Sembilan mengalu-alukan keputusan menarik balik rombakan Exco pergerakan itu seperti yang diumumkan Siti Zaharah Isnin lalu.

Naib ketua pergerakan itu, Datuk Napsiah Omar, berkata berikutan itu semua ahli akan dapat menumpukan perhatian terhadap pengukuhan parti.

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno negeri berkata, inilah masanya ahli merapatkan barisan dan bekerjasama tanpa mengira masalah yang timbul bagi menjamin perpaduan serta kestabilan parti.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kempen penyusuan ibu peringkat negeri di Hospital Daerah di sini, beliau meminta ahli pergerakan jangan membuat spekulasi terhadap keputusan Siti Zaharah.

Di GEORGETOWN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Shariff Omar, turut menyambut baik pembatalan rombakan wanita Umno demi untuk mengukuhkan perpaduan pergerakan itu.

Sebagai anggota parti, Shariff berkata, semua pihak wajar akur dengan nasihat Dr Mahathir yang lebih arif dan mengetahui kebaikan melalui pembatalan itu.

"Kita semua menerima keputusan itu dengan baik dan tenang demi untuk perpaduan parti," katanya.

Sehubungan itu, Shariff yakin pembatalan rombakan itu tidak akan memecah-belahkan perpaduan di kalangan pergerakan itu.


Last changed: August 06, 1999