[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KITA LAWAN SI KEPALA TAIK

Date: 06 Aug 1999
Time: 05:54:10
Remote User: -

Comments

Harun Din anggap Shahidan bukan lawan

PADANG BESAR, Khamis - Ahli Pas, Datuk Dr Harun Din, membayangkan hasratnya untuk bertanding menentang tokoh yang lebih tinggi daripada Menteri Besar Perlis, dalam pilihan raya umum kali ini.

Menjawab soalan beberapa hadirin pada ceramah politiknya di Kampung Guar Nangka, Chuping, di sini malam tadi, supaya beliau melawan Datuk Seri Shahidan Kassim bagi jawatan Menteri Besar Perlis, Dr Harun berkata, jawatan itu kecil.

"Dia (Shahidan) itu kecil saja, bagilah yang besar sikit," katanya.

Sebelum itu, Harun berkata, selagi kesihatannya tidak terganggu, beliau akan meneruskan perjuangan menentang Umno dan Barisan Basional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu disambut pekikan 'lawan, lawan' oleh beberapa hadirin.

Sabtu lalu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Hassan Ali, berkata parti itu bercadang mencalonkan Harun bertanding di kerusi Parlimen Kubang Pasu.

Ini kerana Pas berpendapat bekas pensyarah pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu adalah tokoh paling layak menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun Dr Harun menyatakan apa yang diucapkan itu sebagai lawak saja, ia cukup untuk memberi gambaran beliau mungkin dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen, termasuk mencabar Dr Mahathir di Kubang Pasu.

Sebelum ini, Dr Harun disebut-sebut oleh Pas akan diletakkan di mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis yang akan ditandingi Shahidan.

Dalam ceramahnya malam tadi juga, Dr Harun turut meminta wartawan supaya menukar kerjaya mereka kepada bidang yang lebih terhormat.

"Tolonglah wartawan...carilah kerja lain, kerja yang lebih terhormat yang tidak putar belit orang," katanya sambil mendakwa, ucapannya dipesongkan sehingga didakwa sebagai penderhaka kerana mahu membawa Perlis keluar dari Malaysia.

Ketika berucap di Markas Pas di Jalan Kelab Golf, Kangar pada 9 Julai lalu, Dr Harun dilaporkan mahu membawa Perlis keluar dari Malaysia jika Kerajaan Pusat tidak menyalurkan bantuan sekiranya Pas memerintah negeri ini.

Malam tadi, Harun menegaskan beliau tidak berhasrat 'memerdekakan' Perlis kerana perkara itu dihalang Perlembagaan.

Perlembagaan juga, katanya, mewajibkan Kerajaan Pusat memberi bantuan kepada setiap negeri tanpa mengira parti mana yang memerintahnya.


Last changed: August 06, 1999