[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

BANK KITATERUK

Date: 07 Aug 1999
Time: 04:56:03
Remote User: -

Comments

ULASAN

GABUNGAN INI MENUNJUKKAN BAHAWA BANK-BANK KITA SANGAT LEMAH. ITU MASALAH KECIL SEBENARNYA.YANG LEBIH BESAR ADALAH CAMPURTANGAN KERAJAAN BARISAN NAJIS DALAM SISTEM PEMBANKAN.

KITA NAK TAHU SIAPA KRONI DISEBALIK GABUNGAN INI.

LAMBAT LAUN KITA AKAN TAHU. ============================================================================================================================== Gabungan perkukuh kedudukan bank: PM

SIBU, Jumaat - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menegaskan, bank-bank dan institusi kewangan tempatan perlu digabungkan bagi mengukuhkan kedudukan mereka sehingga mampu bersaing dengan bank asing.

Perdana Menteri berkata, ketika kegawatan ekonomi baru-baru ini, keyakinan rakyat terhadap bank-bank asing jelas lebih tinggi berbanding bank tempatan, menyebabkan ramai yang menabung dengan mereka.

"Bank-bank tempatan tidak dipercayai sepenuhnya oleh rakyat tempatan. Kecuali bank tempatan memperkukuhkan diri dan memberikan perkhidmatan lebih baik, rakyat tidak akan mahu menggunakan mereka.

"Malah, bank-bank asing yang beroperasi di negara ini semakin membesar sekarang," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas mengadakan lawatan dua hari ke Sarawak.

Ketika ini, ada 21 bank perdagangan tempatan, 25 syarikat kewangan dan 12 bank saudagar.

Bank Negara menetapkan 30 September ini sebagai tarikh akhir bagi mereka menandatangani memorandum persefahaman bagi program penggabungan.

Program itu bertujuan mewujudkan hanya enam kumpulan utama bank perdagangan, enam kumpulan bank saudagar dan enam kumpulan syarikat kewangan.

Mengenai kemungkinan ramai yang akan kehilangan pekerjaan kesan penggabungan itu nanti, Dr Mahathir berharap ia tidak akan berlaku.

"Banyak yang mereka boleh lakukan. Saya yakin mereka boleh mencari pekerjaan lain kerana sebagai ahli perbankan mereka adalah orang yang bijak pandai," katanya.

Perdana Menteri berkata, bank perlu belajar untuk bertindak balas terhadap sesuatu keadaan.

Kerajaan, katanya, sedar ada bank yang bersikap terlalu liberal dalam memberikan pinjaman. Sebaliknya, apabila seseorang itu berada dalam kedudukan agak teruk, bank terbabit akan meminta pembayaran balik pinjaman yang diberikan.

"Dalam kedudukan inilah, mengapa negara memerlukan bank-bank yang lebih besar dan lebih kukuh," katanya.

Mengenai kedudukan indeks di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang sentiasa turun naik sekarang, beliau berkata apa yang berlaku turut dialami oleh bursa-bursa saham lain.

Dr Mahathir turut mengulas mengenai langkah kerajaan untuk tidak meluluskan permohonan pendaftaran parti politik dengan nama yang mempunyai perkataan agama atau berunsur agama termasuk perkataan Islam bagi mengelakkan gejala tidak sihat.

"Islam kepunyaan semua umat beragama Islam, bukannya khusus untuk golongan tertentu saja. Kita tidak mahu nama Islam digunakan untuk mengelirukan orang ramai, seolah-olah orang lain bukan orang Islam," jelas Perdana Menteri.


Last changed: August 07, 1999