[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

PAK LAH MIMPI KUT!!!!

Date: 07 Aug 1999
Time: 05:07:01
Remote User: -

Comments

ULASAN

APA NAK BUAT? SI KEPALA SUDAH MAIN TAIK. ZAHARAH PUN SUDAH PENING KEPALA.

TAPI SUNGGUH MALANG KERANA PAK LAH TAK NAMPAK MASALAH YANG DIHADAPI WANITA UMNO.

HABIS LUMPUHLAH JENTERA WANITA UMNO KALI INI.

MEREKA BERCERAI BERAI.

YANGTERUS BERMIMPI ADALAH PAK LAH.

==============================================================================================================================

Umno mahu ahli Wanita bantu pilihan raya

SUBANG, Jumaat - Umno mahu memastikan setiap ahli termasuk pergerakan wanitanya mempunyai peranan yang boleh membantu Umno dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden Umno itu berkata, keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk menarik balik keputusan rombakan Exco pergerakan itu yang dibuat oleh ketuanya, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman Isnin lalu, sebenarnya baik untuk pergerakan itu.

"Jadi keputusan yang diambil itu sebenarnya satu keputusan yang baik. Ini tentu senang diterima semua pihak kerana niat dan tujuannya ialah pemimpin Wanita Umno dapat bekerjasama dan tidak ada golongan yang rasa macam tersisih atau disisihkan.

"Kita mahu semua berpendapat mereka ada peranan masing-masing yang boleh membantu parti khususnya dalam persediaan yang sedang dibuat sekarang ini untuk menghadapi pilihan raya akan datang," katanya selepas melancarkan Unit Internet Bergerak di sebuah sekolah di Subang Jaya di sini hari ini.

Isnin lalu, Siti Zaharah mengumumkan rombakan itu termasuk pelantikan ketua Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan dalam usaha memperkukuhkan lagi jentera pergerakan berkenaan bagi menghadapi pilihan raya umum.

Bagaimanapun, mesyuarat MT Umno dalam mesyuaratnya malam Rabu lalu, menarik balik keputusan itu yang turut dipersetujui Siti Zaharah.

Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pergerakan Wanita Umno sekarang terbahagi kepada tiga puak.

"Saya tak pernah nampak pun tiga kem itu," kata Timbalan Perdana Menteri. Laporan akhbar hari ini menyebut mengenai perpecahan itu kepada tiga puak, satu di belakang Dr Siti Zaharah, satu menyokong bekas ketua pergerakan itu Datuk Seri Rafidah Aziz dan yang satu lagi di belakang Naib Ketuanya, Datuk Napsiah Omar.

Laporan pendedahan itu yang memetik seorang anggota Exco pergerakan itu, Datuk Maznah Abdul Hamid, merayu Siti Zaharah mengambil langkah segera menyatukan apa yang beliau panggil 'puak-puak dalaman' yang mahu memecah-belahkan pergerakan itu.

Abdullah yakin pergerakan Wanita Umno akan dapat bekerjasama menyatukan mereka setelah keputusan dibuat oleh MT Umno Rabu lalu.

"Saya tahu Wanita Umno bila-bila pun kalau menghadapi pilihan raya, mereka sentiasa bekerja kuat, bersungguh-sungguh dan kerjasama sesama mereka," katanya.


Last changed: August 07, 1999