[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KALAU YAKIN MENANG,UMUMKAH SAJALAH TARIKH ITU.

Date: 07 Aug 1999
Time: 05:12:28
Remote User: -

Comments

ULASAN

YANG JELAS SI KEPALA TAIK CUBA MENUTUP MALUNYA. SELEPAS DIA PECAT DSAI, RAKYAT SUDAH TAHU BELANGNYA. RAKYAT SUDAH TAHU ISI HATINYA.

JANGAN DIA INGAT DIA SUDAH BERJAYA PULIHKAN EKONOMI. DIA INGAT RAKYAT BODOH KUT.

KALAU BENAR DIA YAKIN BAHAWA RAKYAT SOKONG DIA, CEPAT UMUM TARIKH PILIHANRAYA.

DIA TELAH MEMPERMAIN-MAINKAN RAKYAT MALAYSIA SEOLAH-OLAH NEGARA INI BAPAK DIA PUNYA.

DIA MEMPERMAINKAN KITA. DIA PERBODOHKAN KITA. KITA MESTI JATUHKAN DIA.

========================================================================================================================================================

Tempoh setahun lalu amat menarik: PM

SIBU, Jumaat - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan, tempoh setahun sejak beliau memecat bekas Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan Umno 'amat menarik' baginya.

"Ia adalah satu proses pembelajaran bagi saya. Saya telah belajar semua mengenai kewangan, ekonomi, dan mengenai bagaimana untuk menangani penyangak pedagang mata wang," katanya kepada pemberita di sini sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Sarawak.

Selepas pemecatan Anwar, Perdana Menteri mengambil alih sebagai Menteri Kewangan Pertama dan melantik Datuk Mustapa Mohamed sebagai Menteri Kewangan Kedua, sebelum melantik Tun Daim Zainuddin mengambil tempatnya sebagai Menteri Kewangan Pertama.

Ketika itu juga, beliau lantang mengkritik pedagang mata wang antarabangsa, George Soros, yang dikatakan paling bertanggungjawab terhadap kejatuhan nilai mata wang sehingga kebanyakan negara Asia dilanda krisis ekonomi.

Pada masa yang sama, beliau memperkenalkan beberapa langkah untuk memerangi urus niaga spekulatif ringgit selain mengehadkan jumlah yang boleh dibawa keluar negara.

Dr Mahathir percaya beliau telah menguruskan ekonomi negara dengan baik.

"Kita belum lagi jatuh tetapi penyangak pedagang mata wang telah pun jatuh dan orang kini menyumpah mereka, bukan saya," kata Dr Mahathir.

Ditanya apakah selepas mengakhiri siri lawatannya ke seluruh negara nanti, pilihan raya umum akan diadakan, secara berseloroh beliau berkata:

"Perjalanan masih lagi jauh. Selepas ini saya akan ke China dan Siberia untuk 'makan angin' kerana negara berkenaan iklimnya sejuk. Selepas itu, saya kembali lagi dan berjumpa lebih ramai orang lagi di seluruh negara," katanya.

Perdana Menteri menyifatkan sambutan dan sokongan padu yang diberikan rakyat dalam siri lawatannya ke seluruh negara setakat ini ikhlas.

Katanya, beliau tidak fikir rakyat yang berebut-rebut berjabat tangan dan melambai menyambut kedatangannya dalam setiap lawatan itu tidak ikhlas.

"Saya rasa mereka benar-benar bersemangat dan memberi sokongan secara jujur. Anda boleh lihat di luar sana. Mereka berebut-rebut berjabat tangan dengan saya.

"Saya tidak rasa mereka bersikap hipokrit," katanya sambil merujuk kepada suasana di luar Lapangan Terbang Sibu, yang menyaksikan ribuan penduduk menunggu ketibaan beliau dari Betong.

Ditanya mengapa beliau sering menekankan pentingnya keharmonian kaum, perpaduan dan keamanan sepanjang lawatannya ke negeri ini, Perdana Menteri berkata, ia menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) amat positif dan mahukan rakyat bekerjasama memajukan negara.

Beliau juga berkata, kedudukan satu kerusi Parlimen baru di Sarawak iaitu Mambong, tidak disentuh dalam pertemuan beliau dengan parti-parti komponen BN negeri di Miri, semalam.

Sebaliknya, beliau hanya memberi nasihat seperti diberikan kepada parti-parti komponen lain sebelum ini.

Mengenai kedudukan parti pembangkang di Sarawak, beliau berkata: "Saya tidak nampak ada parti pembangkang di Sarawak. Saya rasa penduduk Sarawak gembira dan cukup berpuas hati dengan kerajaan sekarang".


Last changed: August 07, 1999