[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

DAP PUN TIDAK MAHU.

Date: 07 Aug 1999
Time: 05:16:10
Remote User: -

Comments

ULASAN

BUKAN SAHAJA PAS TIDAKMAHU, DAP PUN TIDAKMAHU. DIA SENDIRI TAHU BETAPA KUATNYA DIA. DAP TAHU DIA TIDAK BOLEH MENANG UNTUK JADI PM. YANG TAK FAHAM-FAHAM ADALAH PARA PEMIMPIN BARISAN NAJIS DAN MEDIA KRONI.

JANGANLAH MAIN SANDIWARA, RAKYAT SUDAH MUAK.

========================================================================================================================================================

Pas tidak mahu pemimpin DAP jadi PM

HULU TERENGGANU, Jumaat - Pas tidak akan memberi peluang kepada pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri jika pakatan parti pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, berkata walaupun DAP memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum nanti, Pas akan menghalang pemimpinnya menjadi Perdana Menteri kerana ia bercanggah dengan dasar, prinsip dan perjuangan parti.

Beliau berkata, Pas juga bersetuju memperuntukkan hanya 30 kerusi kepada DAP bukannya 48 seperti dipersetujui sebelum ini.

"Pas tidak akan meniru cara Umno dalam merangka kerjasamanya dengan beberapa parti pembangkang lain di negara ini.

"Cara kerjasama Umno dengan parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC adalah membahayakan orang Melayu kerana orang bukan Melayu boleh dilantik menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berceramah di Kampung Tanjung Putat, Mukim Tersat, di sini malam tadi.

Naib Presiden Pas, Mustaffa Ali, turut berceramah di majlis itu.

Hadi berkata, cara yang diamalkan BN itu boleh menjadikan masa depan orang Melayu gelap dan hilang ketuanannya di negara ini.

"Kita memberikan DAP hanya 30 kerusi di kawasan majoriti pengundi masyarakat Cina kerana kalau bertanding lebih kerusi pun, DAP tidak sukar untuk menang.

"Tiga puluh kerusi sudah memadai bagi DAP sebagai hak rakyat negara ini, kerana pemimpin parti tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri," katanya.

Mengenai kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Abdul Hadi berkata, Pas akan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perbicaraan semula sekiranya parti itu diberi kepercayaan untuk memerintah negara.

Menurutnya, kes rasuah yang dihadapi Anwar agak mengelirukan dan didapati berbeza dengan kes yang dihadapi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

"Pas akan membicara kes Anwar mengikut undang-undang Islam kerana percaya bekas Anwar dianiayai dengan pelbagai tuduhan aib dan memalukan," katanya.


Last changed: August 07, 1999