[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

ALI JANGAN MAIN API

Date: 07 Aug 1999
Time: 05:22:45
Remote User: -

Comments

ULASAN

KITA TIDAK MARAH DENGAN PANDANGAN ALI YANG CUBA MEMPERKECILKAN CABARAN PARTI-PARTI ALTERNATIF. MEMANG ITU SUDAH KERJA DIA DAN KERJA MEDIA KRONI.

TAPI............JANGAN KATA ADA CAMPUR TANGAN ASING. JANGAN CAKAP TANPA BUKTI. JANGAN SERKAP JARANG. JANGAN TIPU. JANGAN BOHONG.

INILAH CONTOH SEORANG PEMIMPIN UMNO YANG BEGITU DESPERATE.

DIA TAHU DIA AKAN JATUH DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG.

SELAMAT TINGGAL ALI.

======================================================================================================================================================== Hasrat Keadilan mustahil dicapai

MELAKA, Jumaat - Hasrat Parti Keadilan Nasional untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika barisan alternatif menang dalam pilihan raya umum akan datang, cuma impian kosong saja.

Malah, pembangkang akan terus bertelingkah sesama sendiri dan akhirnya akan mendapatkan nasihat serta bantuan daripada kuasa Barat untuk menentukannya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Wira Mohd Ali Rustam, berkata jika benar semua parti pembangkang seperti Pas, DAP dan Keadilan boleh bersatu hati, mengapa mereka masih gagal untuk mencari kata putus mengenai pembahagian kerusi pilihan raya.

Beliau, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, keputusan pilihan raya 1995 jelas menunjukkan walaupun Pas dan S46 ketika itu memperoleh lebih banyak kerusi berbanding DAP.

"Tetapi dalam Dewan Rakyat, mengapa Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang masih terus menjadi ketua pembangkang sedangkan mereka boleh memilih Datuk Fadzil Noor menjadi ketua.

"Keadaan ini sekali gus menunjukkan pembangkang memang tidak pernah bersatu hati, apa tah lagi sebulat suara memilih Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Keadilan, Tian Chua mengumumkan ramai ahli parti itu mahukan Anwar menjadi PM jika Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya akan datang.

Pas sebelum ini juga menamakan Fadzil sebagai calon yang paling layak menjadi Perdana Menteri dan bukannya Lim Kit Siang.

Menurut Mohd Ali, oleh kerana pembangkang sukar mencari kata sepakat, sudah tentu mereka akan mendapatkan bantuan kuasa asing untuk membuat pemilihan.

"Jika ini berlaku, bermakna kuasa asinglah yang akan memegang kuasa pentadbiran dan bukannya pembangkang," katanya.

Mengenai kenyataan dalam Harakah bahawa ada menteri mempunyai villa besar di Baling sedangkan ia tidak setaraf dengan kedudukannya, Mohd Ali berkata, perkara itu sengaja diperbesarkan oleh Pas.

"Pas memang tidak pernah mengiktiraf kejayaan yang dicapai pemimpin Melayu dengan melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk rasuah walaupun harta yang diperolehi adalah melalui cara yang halal.

"Tetapi, mereka juga lupa pemimpin Pas di Kelantan turut mempunyai rumah mewah dan kereta besar sedangkan penduduk di sekeliling masih lagi dalam keadaan daif," katanya.


Last changed: August 07, 1999