[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

DAH BETUL  APA NAK DISEMBUNYIKAN

Date: 07 Aug 1999
Time: 05:32:10
Remote User: -

Comments

ULASAN

MEMANG JELAS, BUDAYA PANCUNG MEMANCUNG SEDANG BERLAKU DALAM UMNO. SI KEPALA TAIK TIDAK YAKIN DENGAN KEDUDUKAN WANITA UMNO SEKARANG.

YANG BERSUARA INI SEMUA NAK AMBIL ALIH JAWATAN KETUA WANITA.

ENTAH-ENTAH SI KEPALA TAIK YANG SURUH RAFIDAH AMBIL BALIK.

SUDAHLAH KITA SEMUA TAHU WANITA UMNO HANCUR LEBUR.

SELAMAT TINGGAL UMNO.

============================================================================================================================== Ramai Exco Wanita kecewa kenyataan Maznah

KUALA LUMPUR, Jumaat - Kebanyakan ahli jawatankuasa (Exco) Pergerakan Wanita Umno kecewa dengan kenyataan seorang ahlinya, Datuk Maznah Abdul Hamid bahawa wujud beberapa 'puak' yang mahu memecah-belahkan pergerakan itu.

Mereka berkata, Maznah tidak sepatutnya berkata demikian kerana beliau tidak hadir pada pertemuan dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 30 Julai lalu, yang menyaksikan semua Exco berikrar untuk bekerjasama demi perpaduan parti menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Dr Norraesah Mohamad dari Wilayah Persekutuan berkata, Maznah tidak perlu membuat pendedahan itu kerana isu berkenaan tidak lagi timbul selepas perbincangan dengan Perdana Menteri minggu lalu.

"Pada pertemuan itu kami berikrar untuk mengetepikan semua perbezaan pendapat yang timbul sebelum ini dan menetapkan satu tujuan iaitu memantapkan kewibawaan Wanita Umno bagi menghadapi pilihan raya.

"Maznah yang tidak hadir pada perjumpaan itu dan tidak mengetahui keputusan yang dicapai, sepatutnya tidak membuat kenyataan seperti itu.

"Beliau sepatutnya tidak boleh bersikap berkecuali, sebaliknya lebih banyak bercampur gaul dengan ahli jawatankuasa lain," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, Maznah dilaporkan merayu ketuanya, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, supaya mengambil langkah-langkah segera untuk menyatukan 'puak-puak dalaman' yang mahu memecah-belahkan pergerakan itu.

Maznah, yang lebih dikenali sebagai 'Iron Lady' mendedahkan, pergerakan itu kini berpecah kepada tiga puak, satu di belakang Dr Siti Zaharah, satu menyokong bekas ketua pergerakan itu Datuk Seri Rafidah Aziz dan yang satu lagi di belakang Naib Ketuanya, Datuk Napsiah Omar.

Sambil mendakwa beliau antara hanya segelintir anggota Exco yang berkecuali, Maznah berkata, terlalu banyak politiking dan perbuatan menikam dari belakang dalam pergerakan itu.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menarik balik keputusan rombakan Exco pergerakan itu yang dibuat oleh Dr Siti Zaharah Isnin lalu.

Dr Norraesah berkata, arahan Perdana Menteri adalah jelas iaitu rapatkan barisan dan masukkan semua masalah yang ada di dalam 'peti sejuk'.

"Matlamat kami adalah bersatu demi perpaduan parti dan memastikan Umno mencatat kejayaan besar pada pilihan raya akan datang," katanya.

Senator Faridah Abu Hassan pula berkata, selepas pertemuan dengan Dr Mahathir pada 30 Julai dan sekali lagi pada 3 Ogos lalu, tidak lagi timbul masalah 'tikam dari belakang' di kalangan Exco Wanita Umno.

"Maznah sebenarnya tidak perlu buat kenyataan itu kerana beliau tidak hadir pada pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya.

Mengenai dakwaan perpecahan, Faridah mengaku memang ada dua kumpulan di dalam Exco Wanita iaitu antara penyokong Siti Zaharah dan penyokong Datuk Seri Rafidah Aziz.

"Tetapi kami telah berikrar untuk mengetepikan perbezaan pendapat itu demi perpaduan parti," katanya.

Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Azizah Samad, meminta seluruh ahli jawatankuasa Wanita supaya menerima keputusan MT dan menumpukan tumpuan bagi menghadapi pilihan raya.

"Memanglah ada perbezaan pendapat di kalangan Exco Wanita Umno tetapi kami berjanji dengan Perdana Menteri untuk mengetepikan sebarang perasaan tidak puas dan isu semasa, sebaliknya memberikan tumpuan untuk menggerakkan jentera Wanita bagi menghadapi pilihan raya," katanya.

Pengerusi Tetap pergerakan itu, Tan Sri Aishah Ghani pula meminta barisan kepimpinan Wanita supaya jangan memperpanjangkan isu, sebaliknya kembali memperkemaskan semula barisan.

Beliau berkata, perkara yang kecil dan boleh diselesaikan secara musyawarah perlu disegerakan, jika tidak ia hanya akan merugikan semua pihak.

"Harapan saya ialah jika ada sedikit sebanyak tidak kena atau timbul perselisihan patutlah dipadamkan... usah dipanjang-panjangkan.

"Cerita begini tidak akan menguntungkan sesiapa, sebaliknya merugikan Wanita sendiri kerana kita mempunyai banyak ahli yang kini keliru dengan isu yang timbul sekarang," katanya.


Last changed: August 07, 1999