[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

"Kini" Keluaran Hari Ini

Date: 07 Aug 1999
Time: 05:36:24
Remote User: -

Comments

"Kini" Keluaran Hari Ini

Wanita Umno Alami Perpecahan Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, didesak agar mengambil tindakan segera untuk membendung "perpecahan dalaman" yang semakin membarah dalam pergerakan itu. Ahli Majlis pergerakan itu Maznah Hamid, mendedahkan buat masa ini Wanita Umno terpecah kepada tiga puak, satu puak menyokong Dr Siti Zaharah, satu lagi menyokong Rafidah Aziz dan puak ketiga, menyokong Napsiah Omar. Dalam satu temubual dengan wartawan BERNAMA, Maznah yang mendakwa "berkecuali" kecewa dengan ahli-ahli pergerakan itu yang suka mengadu domba dan "menikam kawan sendiri dari belakang". Jika keadaan ini berterusan, Wanita Umno akan gagal berperanan ketika pilihan raya umum nanti, rayunya lagi. Kalau Presiden sendiri yang menjadi punca perpecahan, patutlah ahli-ahli mencontohi presiden parti, itulah namanya "Kepimpinan Melalui Tauladan"!

Kerajaan Cuba Tutup Isu Jerebu -- PRM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) memandang berat kenyataan menteri-menteri mengenai keputusan Kabinet yang tidak mahu mendedahkan isu-isu pencemaran di negara ini. Sheryll Stothard, Naib Presiden PRM dalam satu kenyataannya mempertikaikan sikap kerajaan yang tidak mahu menerbitkan indek pencemaran udara (API) dengan alasan tidak munasabah tidak mahu rakyat bimbang dan menakutkan pelancong. "Adalah menjadi hak asasi rakyat Malaysia untuk mengetahui bagaimana keadaan udara yang mereka sedut masuk," jelasnya, "dan dengan menyorok bacaan indeks API itu, Kabinet sengaja membiarkan rakyat Malaysia kepada risiko menyedut udara yang tercemar." Ketika bencana jerebu 1997 lalu, Menteri Pendidikan pernah memberi amaran kepada tenaga akademik agar tidak membincangkan isu ini. Malah, ketika krisis bekalan air di Lembah Klang, pihak polis tidak membenarkan isu itu dibahaskan secara terbuka. Sama juga dalam isu JE, kerajaan menyembunyikan maklumat sebenar tentang kegagalannya sehingga menyebabkan kematian lebih 100 nyawa, yang sebenarnya boleh diatasi jika virus Nipah dikesan lebih awal. Dalam kegawatan ekonomi, kerajaan memilih sikap memutar-belitkan maklumat dan tidak mahu mendedahkan kenyataan sebenar bahawa ekonomi masih belum pulih. Beginilah sikap kerajaan Barisan Nasional, cuba menipu rakyat. Masih percaya pada kerajaan ini? Masih percayakah anda?

Rata-rata Melayu Masih Miskin -- Pensyarah UKM

Dr Rozhan Othman menjelaskan bagaimana golongan "super-bumiputera" membolot kekayaan di negara ini melalui kuasa yang mereka perolehi. Walaupun mereka cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan kononnya mereka membantu kaum Bumiputera tetapi statistik menunjukkan sebaliknya. Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ini menjelaskan, "pada tahun 1957, golongan 20 peratus teratas (dari segi kekayaan) masyarakat Melayu memiliki 42.5 peratus daripada jumlah keseluruhan orang Melayu; sementara golongan 40 peratus terbawah Melayu pula memiliki 19.6 peratus kekayaan." Dalam tempoh 20 tahun kemudian, golongan 20 peratus teratas memiliki 52.6 peratus kekayaan atau peningkatan 10.1 peratus. "Sedangkan golongan 40 peratus Melayu terbawah berkurangan kepada 11.9 peratus sahaja," tulisannya dalam Harakah dipetik. Begitulah juga yang terjadi di kalangan kaum Cina dan India. Ertinya... golongan kaya makin kaya, golongan miskin makin miskin dan merempat!

PM Lancarkan Laman Web Fitnahnya Sendiri

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan laman web "Malaysia Ku" yang bertujuan untuk menangkis laporan negatif terhadap negara ini. Beliau yang terkenal dengan tabiat suka bercakap bohong, memutar-belitkan isu untuk mengelirukan rakyat, berdolak-dalik, menfitnah musuh politiknya di dalam dan di luar Umno, dan bercakap lucah kini berasa tergugat dengan wujudnya laman-laman web yang menyiarkan penyelewengan kerajaan di bawah pimpinannya. Laman web ini diketuai oleh seorang tokoh yang rapat dengan kerajaan, Tan Sri Awang Had Salleh, sumber BERNAMA dipetik dari Miri, Sarawak. Katanya, "penubuhan laman web itu merupakan suatu gerakan pembanterasan pembohongan" dengan mewujudkan sebuah saluran alternatif kepada laman-laman reformasi yang menyampaikan berita, analisis dan penyelewengan pemimpin Umno dan kerajaan yang ada sekarang. Datuk Seri, taubatlah, dah tua ‘tu... janganlah aniaya rakyat lagi...

Khalid Jafri Ditunda Bicara Mei, 2000

Penulis buku 50 Dalil, Khalid Jafri, yang menfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Anwar ada anak haram telah dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lepas. Beliau yang dihadapkan ke mahkamah sejak Ogos, 1998 telah ditunda ke tarikh 2 Ogos lalu. Kemudian, hakim memutuskan beliau dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ampang, kerana kesalahan itu dilakukan di Ampang, pada Khamis 5 Ogos lalu. Tetapi hakim mahkamah sesyen itu menunda lagi hingga ke bulan Mei, tahun 2000. Polis pada tahun lepas sudah menyiasat dan mendapati dakwaan Anwar mempunyai anak haram adalah palsu semata-mata. Amboi, susah sangat ke hendak bicara Khalid Jafri ’ni? Dipercayai hakim berbuat demikian agar rakyat tidak mengetahui fitnah yang terkandung dalam buku ‘50 Dalil’. Kes Anwar senang sahaja dibicarakan, tak kan kes seperti inipun lambat. Samalah kes Tan Sri Rahim Noor yang TERBUKTI bersalah melebamkan mata Anwar dari bulan Mei lalu DITUNDA hingga 20 September depan. Nampak sangat, kes yang mendedahkan kezaliman Dr Mahathir dilambat-lambatkan. Sementara kes yang menguntungkannya, dicepat-cepatkan sehingga mereka-reka bukti palsu.

Polis Meminta Saya Ubah Tarikh -- Azizan

Azizan Abu Bakar, saksi utama dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bahawa polis memaksanya meminda tarikh dari awal 1992 kepada awal 1993, sumber akhbar Harian Metro dipetik. Lihat... peranan polis dalam "penyiasatan" dalam konspirasi ini. Kalau macam ini, apa peranan polis: menyiasat atau menyesat?

Hakim Tegur Kenyataan Azizan Mengelirukan

Hakim Ariffin Jaka menegur kenyataan Azizan Abu Bakar, yang mendakwa dirinya diliwat, yang bercanggah antara satu sama lain. Dalam satu keterangannya, Azizan mengakui bahawa "dia tidak mempercayai pihak polis, oleh itu dia tidak membuat sebarang laporan polis." Tetapi apabila disoal peguam bela selanjutnya, Azizan menjelaskan "dia menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa (polis) untuk menyiasatnya," sumber Harian Metro dipetik. Hakim berkata, "saksi memberi kenyataan yang mengelirukan." Azizan, Azizan, apa nak jadi ‘ni? Insaflah....

Tamat

Sila lawat laman kami di:

http://kini.webjump.com/

Para penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.

Terima kasih atas kerjasama anda.

Thanks & kindest regards

Raja Petra Kamarudin

REFORMASI - The Right To Question http://members.xoom.com/rpetra/ http://www.parti-keadilan.org/


Last changed: August 07, 1999