[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

YUSUF NOR YANG BAHALOL

Date: 07 Aug 1999
Time: 06:18:05
Remote User: -

Comments

KEPUTUSAN BATAL ROMBAKAN EXCO WANITA LANGKAH BIJAK

BESUT, 7 Ogos (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Datuk Dr Yusof Noor menyifatkan keputusan Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman membatalkan rombakan barisan Exconya sebagai satu langkah yang bijak.

Beliau berkata langkah Ketua Wanita Umno itu merupakan pendekatan yang tepat dan sesuai dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya supaya berbalik semula kepada asal jika sesuatu tindakan yang dibuat menimbulkan implikasi.

Menurut beliau oleh kerana kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang merupakan perkara paling utama, soal kedudukan dalam parti perlulah diketepikan.

Pada masa ini usaha memperkemaskan jentera parti di semua peringkat hendaklah diutamakan sambil mengenepikan perbezaan yang ada, katanya kepada pemberita selepas menyampikan hadiah larian 1,000 Jabatan Kampung Raja dekat sini hari ini.

Isnin lepas, Dr Siti Zaharah mengumumkan rombakan barisan Exconya dan kemimpinan peringkat negeri dengan menggugurkan dua Ketua Wanita Negeri, Sharifah Aminah Syed Mohamed di Pulau Pinang dan Azizah Abdul Samad di Wilayah Persekutuan serta anggota Exco Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Sabah Datuk Dayang Mahani Tun Pengiran Ahmad Raffae.

Pengganti mereka ialah Senator Che Jam Harun sebagai Ketua Wanita Pulau Pinang yang baru dan Rokiah Bee Hassan sebagai naibnya manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Lumadan, Sabah, Surinam Sadikun dilantik sebagai Exco baru dan naib ketua Wanita Sabah.

Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Rabu lepas membatalkan rombakan itu dan tidak ada sebarang rombakan akan dilakukan sehingga selepas pilihan raya.

Dr Yusof yakin keputusan itu boleh memperkemaskan jentera parti menyokong perjuangan di bawah kepimpinan yang ada untuk memastikan BN terus menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembatalan rombakan itu sebenarnya lahir daripada Dr Siti Zaharah sendiri yang merasakan perkara itu perlukan kajian setelah melihat terdapat reaksi apabila pengumuman rombakan di buat, katanya.

Beliau berharap perkara itu dapat diperjelaskan kerana terdapat salah faham dan andaian bahawa pembatalan rombakan itu adalah keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Majlis Tertinggi Umno. -- BERNAMA


Last changed: August 07, 1999