[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

INI YANG MEREKA BERIYA-IYA SANGAT NAK TAWAN KELANTAN.

Date: 07 Aug 1999
Time: 06:22:09
Remote User: -

Comments

KELANTAN PUNYAI PROSPEK BESAR MAJUKAN PROJEK PETROKIMIA

BACHOK, 7 Ogos (Bernama) -- Kelantan mempunyai prospek besar dalam projek petroleum dan petrokimia, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa.

Beliau berkata, petroleum yang terdapat di perairan Kelantan telah mula dikeluarkan dan dijual ke Thailand.

"Pada dasarnya jemaah menteri bersetuju menyediakan peruntukan besar untuk memajukan projek petrokimia di negeri ini dan akan dilaksanakan apabila tiba masa yang sesuai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Annuar berkata, penduduk yang tinggal terutamanya di Bachok dan Pasir Puteh dijangka mendapat manfaat melalui peluang pekerjaan dan pelbagai ruang perniagaan apabila projek petrokemia itu dilaksanakan.

Annuar berkata, ini sejajar dengan hasrat kerajaan pusat untuk mewujudkan zon pertumbuhan bandar-bandar baru persisiran pantai yang meliputi jajahan-jajahan Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh. -- BERNAMA


Last changed: August 07, 1999