[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

JANGAN HARAP ORANG MELAYU AKAN UNDI CALON MCA

Date: 07 Aug 1999
Time: 06:30:05
Remote User: -

Comments

TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KEMENANGAN BN, KATA AH LEK

TEMERLOH, 7 Ogos (Bernama) -- Timbalan Presiden MCA Datuk Lim Ah Lek hari ini meminta pemimpin-pemimpin MCA di seluruh negara supaya melupakan soal calon pilihan parti, sebaliknya menumpukan tenaga bagi mempastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Calon-calon yang mewakili mana-mana parti komponen BN itu perlu dipastikan kemenangan dan juga majoriti dua pertiga bagi BN untuk terus menerajui negara ini.

Semasa ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baru SRJK (Cina) Khee Chee di sini, beliau menyatakan keyakinannya bahawa rakyat akan menolak pakatan parti-parti pembangkang yang kini menghadapi masalah di antara mereka.

Lim yang juga Menteri Sumber Manusia berkata pakatan yang terdiri daripada PAS, DAP, Keadilan dan PRM akan terus bertambah kucar kacir selepas pilihan raya nanti berikutan masalah dalaman selain daripada perjuangan mereka yang tidaksehaluan.

Lim juga membayangkan beberapa muka baru akan dicalonkan oleh MCA untuk bertanding sebagai calon pilihan di Pahang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik untuk menentukan calon-calon yang sesuai.

Bangunan baru SRJK (Cina) Khee Chee itu mengandungi satu blok tiga tingkat dibina dengan perbelanjaan RM1.5 juta hasil sumbangan orang ramai. -- BERNAMA


Last changed: August 07, 1999