[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

PARTI TIDAK RELEVAN

Date: 07 Aug 1999
Time: 06:34:18
Remote User: -

Comments

KETUA PEMUDA PPP MENANG TANPA BERTANDING

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) T. Murugiah dan 15 anggota jawatankuasa pergerakan itu menang tanpa bertanding apabila penamaan calon ditutup hari ini bagi pemilihan barisan pemuda parti itu.

Turut menang tanpa bertanding ialah Naib Ketua Pemuda S. Gapolakrishnan dan Lee Choong Yuen.

Menurut satu kenyataan PPP hari ini, pelantikan satu lagi jawatan Naib Ketua dan tujuh lagi anggota jawatankuasa akan diumumkan pada Konvensyen Pemuda PPP pada 15 Ogos nanti.

Jawatan Penolong Setiausaha dan Bendahari juga akan diumumkan pada hari itu.

Menurut perlembagaan Pemuda PPP, Ketua Pemudanya mempunyai kuasa melantik seorang Naib Ketua dan tujuh Ahli Jawatankuasa serta Penolong Setiausaha dan Bendahari, kata Bendahari Pemuda PPP, D. Iruson kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini.

Iruson juga menjangka Ketua Pemuda PPP akan melantik semula pemegang jawatan Penolong Setiausaha dan Bendahari yang ada sekarang. -- BERNAMA


Last changed: August 07, 1999