[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SURUH SAHAJA HASMAH JADI KETUA WANITA, LAGI BAGUS.

Date: 07 Aug 1999
Time: 06:36:37
Remote User: -

Comments

NAPSIAH MINTA WANITA UMNO RAPATKAN BARISAN

SEREMBAN, 7 Ogos (Bernama) -- Naib Ketua Wanita Umno Datuk Napsiah Omar hari ini meminta semua anggota pergerakan itu merapatkan barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak mahu episod ini berpanjangan dan berterima kasih kepada Majlis Tertinggi kerana turut menyelesaikan masalah berbangkit," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pembatalan rombakan barisan Exco Pergerakan Wanita yang diumumkan Isnin lepas.

Dalam rombakan itu, Ketua Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman antara lain menggugurkan dua ketua dan seorang naib ketua negeri.Napsiah berkata perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan lagi.

"Cukuplah sampai di sini kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Kita mempunyai tugas yang lebih penting iaitu menentukan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya," katanya. -- BERNAMA


Last changed: August 07, 1999