[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

GERAKAN TUNJUK KERAS KEPALAKAH?

Date: 08 Aug 1999
Time: 00:21:57
Remote User: -

Comments

ULASAN

ADAKAH INI BERMAKNA BAHAWA GERAKAN TUNJUK KERAS KEPALA. PEMUDA UMNO TIDAK SETUJU. PEMUDA BN MENGIKUT SI PONDAN JUGA TIDAK SETUJU.

SEKARANG APA DAH JADI?

APAKAH INI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SI KEPALA TAIK BAHAWA GERAKAN YANG MERUNSUNGKAN NYA?

SELAGI SI KEPALA TAIK JADI TUNJANG.....JANGAN HARAPLAH!!!

==============================================================================================================================

PEMUDA BN TUBUH JAWATANKUASA KHAS KAJI AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Satu jawatankuasa khas yang dianggotai wakil-wakil Pemuda Barisan Nasional (BN) akan ditubuhkan untuk berperanan memberi cadangan kepada kerajaan tentang kemungkinan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Ketua Pemuda Gerakan Teng Chang Yeow berkata persetujuan penubuhan jawatankuasa itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Pemangku Ketua Pemuda Umno yang juga Ketua Pemuda BN Datuk Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Hishammuddin dan dianggotai oleh dua wakil daripada setiap pergerakan pemuda parti komponen BN," katanya dalam persidangan berita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Nasional Pemuda Gerakan, di sini hari ini.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah selaras dengan resolusi persidangan perwakilan nasional Pemuda Gerakan ke-12 pada bulan lepas yang menuntut kerajaan meminda AUKU bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam politik.

Beliau berkata anggota jawatankuasa terbabit bertanggungjawab mengadakan pertemuan dengan pemimpin pelajar di semua universiti bagi mendapat pandangan mereka mengenai bagaimana caranya pindaan itu boleh dilakukan.

Kajian cadangan pindaan itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh antara enam dan lapan bulan daripada sekarang yang kemudiannya akan diserahkan dalam bentuk memorandum kepada Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

Mengenai mesyuarat hari ini, Teng berkata Pemuda Gerakan merasa amat prihatin dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa jerebu akan melanda Malaysia sekali lagi.

Beliau menyeru kementerian dan agensi terbabit menyiarkan laporan Indeks Pencemar Udara (IPU) melalui televisyen dan radio setiap hari bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat mengenai keadaan jerebu.

Beliau berkata Pemuda Gerakan juga telah bersetuju menghantar 42 perwakilan bagi menghadiri Konvensyen Pemuda BN yang akan diadakan di Sabah pada 18 hingga 22 Ogos ini. -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999