[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

PENGGABUNGAN BANK MUNGKIN MEMBAWA

Date: 08 Aug 1999
Time: 00:22:41
Remote User: -

Comments

PENGGABUNGAN BANK MUNGKIN MEMBAWA KEBURUKAN, KATA DAP

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- DAP menyokong usaha memperkukuhkan industri bank tetapi langkah Bank Negara untuk menggabungkan bank-bank mungkin membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Setiausaha agung parti Lim Kit Siang berkata krisis ekonomi baru-baru ini menunjukkan bahawa institusi kewangan besar ialah yang bermasalah dan kerajaan terpaksa campurtangan untuk menyelamatkan bank-bank itu.

"Walaupun bank-bank besar besar mempunyai kelebihan untuk menangani kesan krisis ekonomi tetapi pengurusan berkualiti, bukan saiz yang diambil kira," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Belia berkata ini berdasarkan hakikat bahawa bank-bank saiz sederhana seperti Hong Leong Bank, Southern Bank dan Ban Hin Lee Bank dapat bertahan lebih baik daripada bank-bank yang besar apabila kemelut ekonomi melanda Asia."

Katanya, DAP mahu supaya dikaji semula keputusan Bank Negara untuk menggabungkan 21 bank perdagangan, 25 syarikat kewangan dan 12 bank saudagar untuk mewujudkan enam kumpulan utama bank perdagangan.

Ini kerana "sesetengah bank-bank berkenaan bukanlah contoh terbaik bagi institusi kewangan yang bijak, profesional atau berinovasi." -- BERNAMA


Last changed: August 08, 1999